Isnin, 18 April 2011

.....ITULAH CINTA......UNIK DAN MISTERI....

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa s...aya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.   Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.   “Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.   Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.   “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.   “Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”   Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.   Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..   ‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.   “Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”   “Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”   “Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”   “Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”   “Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”   “Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “   “Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”   “Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”   “Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”   “Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”   Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.   “Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”   Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.   Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. ....petikan dari FB....

Sabtu, 16 April 2011

INDAHNYA CIPTAAN MU

Kepulangan ke kampung dalam keadaan tergesa-gesa ....Cuti abang juga terpaksa diambil mengejut...kesakitan yang menyengat, mencucukmembuatka perjalanan 4 jam terasa lama dan terlalu jauh...huuuuuh....Pil yang ditelan sebelum bertolak masih belum memberi kesan yang baik. Ekoran itu 2 biji pil diambil...lantas melegakan kesakitan yang kian mengganas itu.....
Berehat sebentar menenagkan minda di Pantai Merang.....sebelum bertolak pulang ke Kemaman...










Sabtu, 9 April 2011

INGIN KU PINJAM SECEBIS SEMANGAT DAN KEKUATAN !!!! PADA SIAPA???


Entah mengapa hati ini terlalu sensitif...hormon mana yang bertambah di dalam diri ini....melihat 'bayi' genit penghibur lara, melihat kegembiraan, menyaksikan kebahagiaan, mencetuskan detikan cemburu di hati...lantas menitiskan hujan airmata selebat hujan yang turun tatkala ini......selaju itu air nan jernih ini....sudah puas ditepis, sudah puas diseka........Mencermin kekurangan diri, sedetik, seketika.......melihat 'aku' yang kerdil di dunia luas ini....Sudah penat diuji, sudah letih berusaha melawan takdir....Ingin mengalah kepada ketentuan-Nya....ingin pasrah.....Kecewakah aku? Berputus asakah aku?  Ingin ku pinjam secebis ketabahan, sekelumit kekuatan, sehiris kesabaran.....bagi mencetuskan semangat yang kian hilang...bagi mengecas sisa kesabaran yang kian terhakis......Bisakah?

kenapa perjalanan hidupku terlalu sukar? terlalu beranjau, terlalu berkerikil.....perjalanan singkat yang hanya kerap ditemani airmata.....Perjalanan singkat yang Allah tentukan ini terlalu banyak dugaannya....terlalu perit untuk ditempuhi.......Apalagi pilihan yang ada....Hanya pasrah

Isnin, 21 Mac 2011

ENDOMETRIOSIS

Apa punca endometriosis


Endometriosis
kesab coklat merupakan endometriosis yang tenat


PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain


Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.
Bagaimana endometrium terjadi

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

-Petikan dari blog Dr. Hamid Arshad-

TINGKAT KESUBURAN: Doa untuk dapat zuriat

TINGKAT KESUBURAN: Doa untuk dapat zuriat: " DOA UNTUK ZURIAT Baiklah, doa untuk dapat zuriat yang dimaksudkan ialah doa Nabi Zakaria yang maksudnya; 'Ya Tuhanku, sungguh tula..."

Ahad, 13 Mac 2011

MUNGKINKAH REZEKI YANG DATANG BERGOLEK?

Menjenguk FB Kak Su.....terlihat entry.....seorang ibu yang ingin memberi anaknya untuk dijadikan anak angkat kepada sesiapa sahaja....terasa ingin mencuba....ibu itu daru Johor Bharu...sudah mempunyai 5 anak sebelum ini,ingin memberikan bakal anak keenamnya yang dijangka lahir akhir April nanti. Suaminya masih ada, cuma tidak memberikan nafkah hidup....Alangkaah kasihannya ibu ini menyara hidupnya dengan menjual kuih muih dihadapan rumah.......Lelaki, hanya pandai berkahwin, tidak pandai menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan Allah....
Masih berkira-kira, berbincang-bincang dan berfikir-fikir ...... melontarkan persoalan tersebut buat 'rakan kongsi' hidup ini....... Ingin mencuba, mungkin Allah menghantar rezekinya melalui ibu itu....Ya Allah...sekiranya ini yang terbaik buatku, permudahkan segala urusan, sekiranya ini hanya membawa kekecewaan dan keburukan, jauhilah dari kami.......Memohon petunjuk dari Allah...semoga terhindar dari segala bentuk penipuan di dunia.....
Ternyata Allah menunjukkan sesuatu sebelum tindakan diambil.....mesej dari ibu tadi mengejutkan...Dia ingin melunaskan hutang suaminya yang berjumlah 5 k.....Tersentak dan memahami maksud tersirat, mungkin ingin meminta aku membayarnya......Seakan ingin menjual anak telahanku......Tidak ingin mencari masalah....Maaf ! Tersalah orang...Juallah kepada orang lain, mungkin ada yang berminat....Macam-macam penipuan ada dlam dunia ini.....Menjual anak secara terhormat...MasyaAllah........

Jumaat, 14 Januari 2011

TAHUN BARU, AZAM BARU, SEKOLAH BARU.....

Kesibukan yang menghambat ekoran 'penghijrahan'ke sekolah baru kian menyempitkan waktu untuk bersenang-senang lepak di Fb, berblog hatta ketidak cukupan masa untuk menguruskan rumahtangga.....
Lantaran itu, blog ini terbiar bersawang......tidak berkesempatan menguruskan blog sekolah juga.....blog sekolah pun terpaksa dibina baru...pendek kata semua baru dan memerlukan komitmen yang bukan sedikit.....terpaksa ku kerah segala kudrat yang ada sehinnga Jumaat pun terpaksa bekerja di sekolah....Huh....cemerlang, gemilang dan terbilang sungguh....
Malam tadi terasa kepala memberat,......? mungkinkah ekoran darah naik...?darah tinggi? stress kerja?huhuhuhu...macam-macam hal bila usia kian melanjut ni......terpaksa berehat 'on bed'...bimbang jiranya melarat dan menjejaskan kerja yang masih menimbun ini......
Alhamdullillah.....syukur kerana mendapat 'partner'....pasangan kerja yang tidak berkira....diandaikan keseorangan membuka program baru di sekolah baru....tidak dapat dibayangkan......malang betul.....dengan kerja-kerja perkeranian....'filing', menceriakan kelas, data-data pelajar dan segala urusan p n p...huh....pening.......InsyaAllah...akan berkhidmat dengan jujur, amanah dan terbaik........

Khamis, 16 Disember 2010

.....HAPPY KAN DIRI.....LUPAKAN MASALAH.......

Tarasa ingin memanjakan diri.....menguruskan badan.......Menghilangkan segala kesedihan semalam.....
Usai menguruskan perihal tuntutan bil perbelanjaan rawatan, ke salon yang selalu memberikan perkhidmatan terbaik aku rasakan.......Ingin berlama-lama di sana.....menghiburkan hati, memanjakan diri........Sauna, lulur badan dan scrub, mandi susu, facial resdung......Huhhhhh......Memanjakan diri sakan...nasib baik tak ambik cuci rambut, pedicure dan manicure sekali........

Itupun dah memakan masa beberapa jam....Masuk pukul 11.15 keluar jam 3.30 pm......berehat sakan....jarang-jarang sekali berlibur........Lega rasanya.....segala tekanan perasaan terasa ringan...........InsyaAllah...akan cuba berfikiran positif...."melakukan sesuatu yang boleh mengisi masa dan menggembirakan..." teringat kata-kata itu....dari sahabat senasibku......
Bangkit dari kekecewaan semalam....pandang masa depan yag masih jauh.........Semoga Allah sentiasa di sisiku.......Semoga Allah membantu.....Hidup mesti gembira.......InsyaAllah....






IIUMFC

http://iiumfc.wordpress.com/

Segalanya bermula dan berakhir di sini......Bilakah lagi akan berkunjung?

Rabu, 15 Disember 2010

KENANGAN MANIS SI 'BUKU PINK'

15.12.2010 (RABU)


Sejak pagi, meninjau-ninjau disiber....mencari maklumat berkaitan infertiliti, cara meningkatkan kesuburan wanita, pemakanan seimbang......dan segala macam yang boleh menjadi petunjuk dan panduan kepada aku yang sedang kecewa dan kebuntuan ini.....

Sedang mengemaskinikan segala bil yang berkaitan dengan rawatan untuk tujuan tuntutan.......Sekitar hampir 9 k......burn begitu sahaja tanpa apa-apa yang boleh diharapkan....

Sekilas terpandang sebuah buku pink.....buku Rekod Kesihatan Ibu yang digunakan oleh setiap wanita yang mengandung.....Membelek-belek buku yang disimpan sejak 2006 itu.....Saat mengandung adalah saat yang indah.....Tetiba airmata bergenang, menitis laju tanpa dipinta........Mampukah aku ulangi saat indah itu.......
Membelek-belek gambar scan yang dikepilkan, result ujian darah, catatan doktor dan permit menguburkan bayi ku yang meninggal itu........Terasa kepiluan menggigit urat saraf.......Buku ini sebagai kenangan yang aku pernah mengandung.......Sesuatu yang manis pernah terjadi dalam hidupku semenjak bergelar isteri.......Semenjak 10 tahun lalu.......Sesuatu yang manis yang akhirnya bertukar pahit.....Sengaja membiarkan kesedihan mengepung dada.......Menguraikan rasa kebersalahan....

Akan adakah lagi peluang mengecapi saat-saat indah bakal bergelar ibu? Akan adakah peluang mendengar panggilan Mama?Bertuahnya  seorang wanita yang diberikan Allah mengalami saat-saat yang tidak dapat dilupakan itu, saat mengidam, saat mengada-ngada, saat merasakan gerakan janin, saat sakit bersalin dan saat-saat melihat wajah bayi yang dilahirkan........Adakah lagi peluang yang akan Allah berikan untukku mengecapi semuanya? Akan berlaku kah keajaiban?

Semangat masih belum pulih....rancangan untuk keluar menyelesaikan tuntutan terpaksa dibatalkan....Mampukah aku mendengar soalan-soalan yang mengasak telinga dari staff ofis? Mampukah melindungi mata yang merah membengkak ini?..........Ya...Pastinya masih belum punya kekuatan sebegitu....

Menatap pilu buku pink yang kaku dan penuh kenangan indah itu....Teringat ungkapan Dr Zainab......"Akhirnya dapat juga merasa memegang buku pink ni ya?"....Walaupun hanya sekejap cuma.......Hanya 24 minggu.......

Panggilan dari abang.....Cuba mengawal suara agar tidak ketara diri sedang kesedihan......Ingin memastikan aku berada di dalam keadan yang baik.....Bersedialah untuk berlakon sebagai seorang yang tabah.....
Melempiaskan tangisan sendirian tanpa teman, tida bahu yang dapat disangkut dagu, tiada tubuh yang dapat dipeluk untuk meleraikan tangisan.....Hanya bertemankan laptop bisu tanpa perasaan ini.....Sekadar mencurah perasaan di blog ini......Seperti biasa........

Masih terngiang-ngiang suara Dr Murad yang seakan berputus asa merawatku......Tidak lagi memberi harapan.....walau hanya harapan palsu......Sudah puas mencuba? sudah mengaku kalah?.....Teringat ungkapan yang pernah dijumpai......"Doktor bukan Tuhan, bukan juga Dewa yang boleh mengandaikan sesuatu"......Doktor hanya manusia biasa .......Cuma dari segi ilmu perubatan yang dipelajari, beliau dapat merumuskan sesuatu......Namun harus diingat, sesuatu yang berlaku di dalam dunia ini, hatta sekecil dan serahsia mana pun adalah di dalam pengetahuan Allah. Hanya Allah yang boleh melakukan sesuatu walaupun mustahil....Segalanya dengan izinNya jua......KUN FA YAKUUN......

Terasa sebak yang bertandang kian menghilang....Airmata kian kering......Berusaha untuk memulihkan semangat yang menghilang sejak semalam.......Solat Dhuha memohon dipercepatkan rezeki dan dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan.......InsyaAllah......Hati semakin tenang, jiwa semakin tenteram......

YA ALLAH ! KUATKAN IMANKU DAN TABAHKAN HATIKU MENGHADAPI UJIAN MU INI.....

Selasa, 14 Disember 2010

.....AKUKAH 'SI MALANG' ITU ?.....

14.12.2010 (SELASA)

Menanti panggilan dari Azanti bagaikan menanti dijatuhi hukuman maut.....Setiap saat debaran kian kencang.....Janjinya 7.30 am......
Tepat seperti detik hatiku semalam......kali ini ET gagal lagi untuk dijalankan......Sabar......Airmata mula bergenang.....Jangan menangis duhai hati........Tangisan tidak akan merubah apa-apa.....
Berappoiment lagi dengan Dr Murad dan Azanti 11.30 am hari ini....Terpaksa hadir untuk mendengar penerangan teliti tentang 'persenyawaan' yang tidak berlaku....Menyelesaikan segala 'tuntutan' yang belum selesai.....
Penerangan Dr Murad yang seakan berputus asa merawat sedikit sebanyak 'menghentam' jiwa......Ovari kiri yang gagal berfungsi, ovari kanan yang kurang kualiti dan kuantiti, cyst yang dibimbangi semakin merebak......Bla...bla...bla.....penerangan yang semakin kurang jelas kedengaran......Tersentap sebenarnya.....
Tiada apa lagi yang boleh diharapkan....rehat dan berdoa semoga sel-sel ovari yang baru akan tumbuh.....
Rehat selama 3 bulan...saranan yang aku sendiri kurang pasti berjaya atau tidak.....

Berita yang seakan menutup segala jalan yang ada.....serasa diri berada sendirian di lorong gelap tanpa panduan, tanpa pertolongan.....Pandangan kasihan dari Dr dan Azanti membuatkan airmata yang bergenang seakan ingin  menitis.....Sabar lah duhai hati, bertahan dan bertabah......Memohon pandangan simpati dari abang di sisi.....kaku, bisu, kelu.....Itu yang mampu dilakukan.....
Untuk mengelakkan kejadian kebanjiran airmata di situ, segera aku angkat kaki, meminta diri untuk ke bilik air, mengesat airmata yang bertakung ditubir mata......Mententeramkan jiwa sebenarnya dan membina kekuatan agar tidak menangis.....Tiada lagi sekelumit pun harapan.......Sedihnya......

Airmata yang ditahan-tahan menitis jua di rumah.....di dalam bilik air seperti selalunya, melepaskan, melegakan segala yang terbuku di dada........Aku dapat rasakan sikap yang kian dingin dan sedih jua berputus asa abang......Maafkan aku sekali lagi kerana gagal memberikan abang gelaran ayah......Maafkan di atas ketidakupayaanku.........

Saat entri ini di tulis, airmata kian laju....huruf-huruf kian kelam....sengaja aku biarkan untuk melepaskan sebak yang dari tadi dibendung.....Biarlah......Menangislah, jika airmata bisa menyembuhkan kekecewaan dan kelukaan dihati.......Meratapi nasibku yang malang.....

Entah kenapa hati ini merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan abang.....Keluar.....Ingin menghilangkan kekecewaan, merawat duka? Mungkin.... Sikapnya yang pelik membinggungkan......Meresahkan.......aku lebih terluka dan kecewa, lebih terasa, lebih menderita.....Teringat akan janji yang dibuat 10 tahun dulu....Janji? Perlukah saat ini menuntut janji.....Aku terpaksa izinkan sekiranya dituntut......Kuatkah aku?

Entah kenapa terasa ingin melarikan diri jauh dari semua masalah ini, jauh dari semua manusia.....Jauh....dan Jauh....Membawa diri yang lara ini,.....Berhenti menyeka titisan airmata yang kian laju membanjiri pipi.......
Beratnya dugaan dan ujian Allah untukku........

Yang kian dekat terlintas difikiran.....ANAK ANGKAT........
Kekaburan menyebabkan tulisan ini terpaksa dihentikan........kebanjiran airmata.......La Tahzan.....La Tahzan...ku pujuk sendiri hati walau tiada siapa yang memahami.......

Tolonglah hambaMu ini Ya ALLAH........Berilah Aku kekuatan dan petunjuk Mu.....untuk menghadapi dugaan ini......

Isnin, 13 Disember 2010

PENANTIAN YANG MENYESAKKAN DADA.....

13.12.2010 (ISNIN)

Panggilan yang mengejutkan dari tidur yang lena...seawal 7.35 pagi....

Awalnya.....Dari Azanti.....membuatkan satu keluhan beban yang berat dilepaskan......Tunggu ya...Esok pagi akan telefon lagi...perlu atau tidak untuk hadir ....ET... Berita yang bukan menggembirakan aku dapat rasakan......Ya....mungkin musibah lagi.....Tenanglah wahai hati.....Sabarlah menghadapi segala kemungkinan buruk.....
Pernah juga terfikir dan terdetik di dalam hati "Kenapalah Allah menguji ku dengan dugaan yang berat ini?...Dosa yang mana ingin dihapuskan"?....Begitu beratnya dugaan... Sesungguhnya Allah memberikan ujian yang tertanggung oleh hambaNya....untuk menguji keimanan hambaNya...
Kenapa doa yang selama ini dipanjatkan masih belum terkabul?
Hati dapat merasakan sesuatu...Doaku semoga detik hati ini tidak berlaku....Ya Allah.....Aku bermohon kepadaMu dengan segala rasa rendah diri dan tawadduk......Jauhilah dari sesuatu yang tidak diingini berlaku....Ya Allah, Ya Allah.....Tolonglah HambaMu ini......

MASIH ADAKAH SINAR YANG DINANTI?

12.12.2010 (AHAD)

Appoiment seawal jam 7.30 am menyebabkan berlaku kelam kabut diwaktu pagi dinihari.....Terpaksa bertolak seawal 6.30 am....Huhhhh....Sebelum ke sana Monurol (antibiotik) dibancuh dan diminum......Masam.....
OPU berjalan dengan baik....cuma resultnya belum tentu.....cuma 2 folikel yang dapat dituai....cuma 2.......Masih adakah harapan? Fertilize?....Harapan hanya pada Azanti..... Terpaksa menunggu apa jua keputusan.....

TVS DAY 11

11.12.2010 (JUMAAT)

TVS day 11 ...9.00 am.....mesej yang diterima lewat petang semalam ....Berpagi-pagi dan sempat bersarapan....Kak Norsina yang menjalankan TVS...begitu ramai patient yang menunggu......Hanya terdapat 1 folikel yang besar dan 2 yang kecil disebelah kanan....di kiri hanya ada satu ,itupun hanya kecil......
Tidak berpuashati dengan scan yang dibuat, terpaksa scan dibilik OT....Dr Murad ....ternyata bukan sesuatu yang menggembirakan dengan 1 folikel membesar.....OPU terpaksa dibuat segera untuk mengelakkan ovum pecah.....Ahad OPU......Alahaiiiii......

Rabu, 8 Disember 2010

......AWAN YANG TERPILU......

Merayau-rayau di siber....Tanpa arah dan tujuan.....Menyaksikan foto teman-teman di FB....Masing-masing punyai keluarga sendiri...punyai anak-anak.....Cemburu.....Melihat teman yang baru menerima kelahiran anak-anak......Sedih.....Pengucapan TAHNIAH  !!! Tidak terucap.....Kelu, cemburu, sedih, kecewa, dengki, rendah diri, sakit hati, gembira,.....dan segala macam pesaaan bercampur baur dalam diri...menyesakkan jiwa, merobek hati........Tahniah buat teman yang menerima kelahiran anak-anak musim cuti sekolah ini......dapat berehat sepenuhnya......Aku?...musim cuti, musim berusaha, musim berulang alik ke hospital......

Terpaksa menelan 2 biji pil tahan sakit hari ini, untuk membolehkan menyelesaikan urusan saman trafikdi Balai, untuk menyelesaikan tugasan harian rumahtangga.....Sampai matikah akan bergantung dengan ubat a.k.a dadah ini? Entahlah......Doc sendiri pun bimbang dan binggung dengan apa yang terpaksa aku lalui.....
Musim 'kotor' telah habis pun masih menyengat bisanya dipinggang......Aduhaiiiii....penyakit apakah lagi yang mendatang......COBAAN.......

Isnin, 6 Disember 2010

TVS DAY 7......

6.12.2010 (ISNIN)
Appoiment seawal jam 8.00 am.....Kesakitan itu yang amat tidak menggembirakan, amat membimbangkan....Kenapalah seawal pagi ni sakitnya kian ketara....Huh.....Terconggok di UIA IVF Centre tanpa sempat sarapan dan abdomen yang menyegat ini bukan sesuatu yang amat menyelesakan......Ianya sesuatu yang menyeksakan....Setiap saat dihitung....pil tahan sakit belum sempat ditelan....Aduhhhhh...siksanya hidup.....patient pulak ramai semacam....Ya lah...semalam cuti, esok cuti...

Hanya Dr. Murad yang kelihatan memberikan rawatan.....Dr Roszaman masih belum masuk kerja...Aduhai......Lamanya menunggu.....perut kian meragam....mahunya aku pulang jer....Mengenangkan IVF...tetap ku tunggu......Sabar....

Scan oleh Dr Murad tidak menampakkan folikel yang baik...terpaksa discan oleh alatan yang lebih canggih, lebih terang......masuk bilik OT.....Dr Roszaman....Hanya ada 3 folikel...1 besar....2 kecik....kurang memberangsangkan......Ku tanya juga penyebab kesakitan yang menghambat diri dua tiga hari ni.....Jawapannya mudah....ENDOMETRIOSIS.....Huh...Dr Murad kata dah melekat-lekat kat dalam.....Alahaiiiiii......Terpaksa ku tahan kesakitan ini......Ubat tahan sakit lagi ler nampaknya.....
SEMOGA ALLAH MEMBANTU....SEMOGA KEAJAIBAN DARI ALLAH YANG DIHARAPKAN BERLAKU......

KENAPALAH SEBEGINI BERAT DUGAAN ALLAH UNTUKKU......

4.12.2010 (SABTU)
Kesakitan yang menyengat amat membimbangkan, amat membinggungkan...apalah yang ada kat dalam ni....cyst semakin besar ker? sejak hari ke 2 dan ke 3 period...asyik mengamuk jer cyst ni...Hari ke 4 ok pulak......Hari ke-5 ni terpaksa dipapah ke klinik Zainab....Nasib baik abang cuti hari ni.....berkejaran ke klinik.....kesakitan yang tidak tertanggung oleh diriku yang kerdil ini.....Ya Allah...Bertanya dugaan yang Engkau berikan untukku......agaknya untuk menghapuskan dosaku yang mana?

Suntikan ubat tahan sakit dari Dr Zainab sejam selepasnya memberikan kesan positif...Kesakitan yang menyengat mulai menghilang....Alhamdulillah....Sampai bilakah harus begini? Maha Suci Allah .......

SELAMAT TAHUN BARU 1432 H......

Esok.....7.12.2010....Tahun Baru Hijrah....Semoga pengorbanan dan perjuangan yang diteruskan akan membuahkan sesuatu yang manis dan indah.......Perjuangan Baru Bermula...sempena Tahun Baru....


Jumaat, 3 Disember 2010

CUBA LAGI.....MULAKAN SEMULA....

1.12.2010 (Rabu)
Appoiment yang dibuat tergesa-gesa dengan Dr Roszaman.....IVF Centre Indera Mahkota jam 10.30 pagi....Abang terpaksa cuti lagi.......Berkerut dahi Dr Roszaman apabila perkhabaran itu aku utarakan.....kenapa tergesa-gesa?...".Saya hanya mengejar masa cuti.....Harap Dr faham....."
Terima kasih kerana persetujuan ...... Suntikan pertama mula diambil hari ini....Day 2..Puregon 300 iu menelan kos Rm 400 bagi sekali suntikan, dengan tambahan menonys 150 iu yang menelan kos Rm 140 bagi sekali suntikan.....Bermakna 2 suntikan setiap pagi......huhuhu....lebih berbanding sebelumnya.....lebih sakit dan lebih kos......

Kali ini mungkin melebihi Rm 10 k....kata abang.....tak kiralah berapa kosnya...kita teruskan sahaja...selamba aku menjawab.....iya lah...kalau nak dikirakan kos rawatan 2003 sehingga sekarang agaknya sudah berpuluh- puluh ribu ringgit.....Usah difikirkan soal duit....yang penting usaha kita berjaya....Aku tetap yakin dan percaya, Allah akan memberikanku zuriat dari darah dagingku sendiri suatu hari nanti....cuma masanya belum tiba.....Banyakkan berdoa, Usaha dan Tawakkal...Yakinlah dengan segala Kekuasaan Allah.....Hanya Allah yang Maha Memberi......InsyaAllah.......

'HADIAH' YANG DINANTI BERGANTI DENGAN UNTAIAN AIRMATA........

30.11.2010 (Selasa)
Sempena hari lahirku semalam 29.11.2010...Doakau kepada Yang Maha Esa agar dihadiahkan untukku dengan perkhabaran gembira pada 3.12.2010 nanti (hari yang sepatutnya ujian darah) dibuat.....Namun perancangan Allah tida siapa yang dapat mengatasinya.....

Pepagi hari seusai bangun untuk solat subuh, ada pendarahan berlaku.....seingatku hanya sedikit....mungkin sekadar penempelan yang berlaku.....Ternyata pendarahan yang banyak menandakan sesuatu yang tidak diingini berlaku.....Period...atau lebih tepat lagi keguguran, sebabnya embrio dah ada dirahim, cuma tidak menempel.....Aduhhhhh...debaran kian kencang....

Ternyata 'abang' lebih kecewa dan terkejut melebihi aku.....Tangisan di awal pagi membuatkan abang terpaksa mengambil 'emergency leave'......Bimbang untuk meninggalkan aku dengan tangisan yang memanjang. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kekecewaan ini menghapuskan harapan.....melemahkan semangat.....melunturkan impian yang mula bertunas......Tangisan kian bergema....airmata kian laju.....Musnah sudah harapan dan impian...'Hadiah' yang dinanti menjadi mutiara dan untaian airmata......Maha Suci Allah yang menurunkan ujian yang tidak pernah putus..... Amat menguji kesabaranku......"Sabarlah", bisikan halus abang....Aku gagal lagi memberikan zuriat yang abang dambakan, betapa tidak bergunanya aku.........
Tabahlah wahai hati.....Sesungguhnya ujian Allah belum tamat untukmu......

Bangkit......bersihkan diri, mengemas rumah yang hampir sebulan berselerakan......Untuk apa menangisi sesuatu yang telah 'pergi'.......kehilangan sudah terlalu kerap.....Bersiap ke Firma Guaman....kerja harus diselesaikan dengan segera.....Pembinaan rumah yang sekian lama tertangguh ekoran kesibukan untuk IVF ..... Hilangan kesedihan walaupun gagal untuk mendapatkan zuriat kali ini.....Projek rumah harus disiapkan 2011, itu pasti..... Ku pujuk hatiku sendiri......Untuk apa menyesali suratan Takdir? untuk apa menangisi sesuatu yang tidak ditakdirkan untuk kita.....
STOP CRYING......LA TAHZAN......BE STRONG..... 

Rabu, 24 November 2010

ET.....SUCCESS....TQ ALLAH.....

13.11.2010 (Sabtu)
Gambar sebelum ET.......yang selamat dijalankan.....Semoga berjaya.....

Ovum Day 1

Ovum Day 2

ET Success.....



Khamis, 18 November 2010

Song from a Secret Garden



Very sad song....

CUTI SUDAH BERMULA !!!!

 Awal-awal cuti begini mengembirakan, namun apabila hampir seminggu di rumah dan asyik berehat, baring, makan dan duduk-dduk sahaja tanpa membuat apa-apa pekerjaan, kebosanan mula membelenggu diri.....
Hendak mengadap FB dan laptop pun terpaksa curi-curi, bimbang dimarahi.......Mengamuk sakan Cik Abang.....Asyik nak suruh baring je...dah naik pening kepala ni.....

17.11.2010.... Hari raya Aidiladha....seingatnya seumur hidup, ini adalah kali kedua beraya diperantauan....kali pertama semasa prakrikal  di Perlis.....Rumah Cik Ta....Namun sepanjang 10 tahun perkahwinan, inilah kali pertama beraya di Kemaman....Pagi-pagi raya hanya bersarapan dengan 'coco crunch' dan roti...Tiada ketupat palas, nasi minyak ataupun apa-apa biskut raya.....Terasa tidak ingin bangun dan mendengar takbir raya.......Saat takbir dialunkan, kesayuan mulai terasa....Berdoa agar hari ini cepat berlalu....
Sabarlah.....Ini adalah pengorbanan.....Nasihat doktor agar tidak melakukan kerja-kerja lasak harus dituruti.....Merasa jadi 'Mem  Besar'....Semua kerja rumah dibereskan oleh Cik Abang.....Bahagianya kalau selalu begini.....Hahahaha.....

Tiada yang istimewanya beraya diperantauan tanpa ayah dan ibu serta saudara-mara, rumah ditutup sejak pagi....Tiada siapa yang ingin mengunjungi....Biarlah....memang tidak bersedia menerima tetamu.....
Belum seminggu ET....apalah nak dibuat di rumah.....Ibu hanya akan datang selepas hari raya....kemungkinan raya ke-3....Adalah juga teman berbual sepeninggalan Abang ke office....Sabarlah......Menghitung hari untuk blood test 3.12.2010.....Harap-harapnya berita gembira menyusul......InsyaAllah...Doa yang tidak pernah putus buat Yang Maha Pencipta....

Selasa, 16 November 2010

ALHAMDULILLAH.....ET....

13.11.2010 (SABTU)
Panggilan dari Embryologist Kak Norsina amat melegakan....panggilan yang ditunggu-tunggu....berjaya juga ditransfer akhirnya.....
9.00 am - sudah bersedia di IVF Centre.....Segalanya bejalan lancar...Dr Roszaman yang mengendalikan rawatan dengan baik dan lancar. Terima kasih....2 embrio selamat ditransferkan...kedua-duanya gred 1...begitu penerangan Kak Norsina......Bil yang menelan jumlah RM 2880 telah dilunasi......
Seusai segalanya...mula berangkat ke Hotel Seri Malaysia, Kuantan yang telah dibooking sejak semalam....Bimbang perjalanan yang jauh akan memudaratkan.....rehat di sana semalaman.....Berharap agar ini rawatan yang terakhir....Berharap agar rawatan ini membuahkan hasil yang diharapkan.....InsyaAllah....


Sukarnya memasang benda ini....3 kali cucuk baru berjaya.....

Rabu, 10 November 2010

INSYAALLAH BERJAYA.....

Esok.....11.11.2010


OPU ( Ovum Pick Up ) bermula seawal 8.00 pagi....Sms dari SN Hayati menghendaki tiba di sana seawal jam 7.30 pagi.....Jangan lupa minum antibiotik...Monurol seawal jam 6.00 pagi...
Hanya doa dan tawakkal mengiringi langkah kaki ke Bilik Rawatan......InsyaAllah.....Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Memberi.....Hanya kepada Allah bantuan dipohon......

Isnin, 8 November 2010

TVS DAY 10

8.11.2010 ( Ahad )


Cuti umum yang terpaksa bekerja....kasihan doktor.....tak cuti agaknya....asyik dengan patient je...
TVS.....folikel ovum ok.....19x16, 12x15, 15x13.....right side..... tu aje yang ada......left....only cyst.....ovum sukar untuk grow up.....Harapan yang semakin tipis...Usia yang semakin meningkat.....Gonal F continue 300 iu....Esoknya diturunkan ke 225 iu....Menonys cukup 75 jer....
Harapnya result masa OPU akan lebih baik.....Harapnya.....segalanya lancar...semasa ET...kalau sempat ET...Embrio Transfer....
Sempat ketemu kawan senasib yang lama...tapi sudah berjaya punyai anak....masih buat rawatan  untuk anak kedua....Roslina....

Rabu, 3 November 2010

SELAMAT HARI RAYA!!!!









TVS...DAY 6

3.11.2010 ( RABU )

Appoiment di IVF Centre UIA Indera Mahkota jam 11 am.....Perlawanan futsal tidak dapat disaksikan....Terpaksa ke sekolah dahulu untuk menghantar hadiah pertandingan.....Jam 9.10 am, bergegas ke rumah menjemput Honey.....
Dr Roszaman melakukan imbsan....Hanya terdapat 4 folikaf disebelah kanan dan 1 disebelah kiri, dan malangnya...masih terdapat cyst yang kian membesar......Alahai......Masalah menanti dihadapan.....Agaknya...
Cadangan Dr Roszaman menggunakan menonys 75.....Rm 700 bagi 10 kotak, penggunaannya 2 kotak sehari dengan satu suntikan. Bertambah lagi satu suntikan setiap pagi beserta suntikan Gonal-F. Adoooooiiiii....kesan lebam semalam masih biru membekas.....Huhuhu....Bersabarlah duhai hati....Moga kesabaran ini berbaloi......
Next scan....Day 10....Ahad, kalau tiada Dr bertugas tunda Isnin.....harapnya Ahad...Isnin ada trip ke Ibok....Mini Zoo Kemaman....Rugi kalau tak ikut.....




Sabtu, 30 Oktober 2010

2ND DAY

30.10.2010 (Sabtu)


Suntikan Gonal-F hari pertama diambil jam 7.00 pagi. Seperti biasa Dr Hamidi yang setia memberikan suntikan......Hehehe....Sudah profesional dah suamiku itu......Kesakitan itu terpaksa ditahan....seperti biasa...Sabar.....

Jumaat, 29 Oktober 2010

PENGHARAPAN YANG TIDAK PERNAH PADAM......

Jumaat (29.10.2010)
Hari pertama ....mula period....call UIA...inform untuk TVS hari ke-6......Alhamdulillah...kesakitan menghampiri tahap zero.....bukan seperti sebelum operation....
Esok suntikan Gonal-F pertama bermula.....Adoiii....suntikan yang membuatkan kesan lebam kebiruan yang mengambil masa dua atau tiga hari untuk hilang....Ini lah pengorbanan.....
Doa yang tidak pernah putus buat yang Maha Pencipta....Agar diciptakan zuriat buat harta ku dan suami.....Moga-moga...Harap dan Harapan......

Selasa, 5 Oktober 2010

MULAKAN KEMBALI ....

4.10.2010 (Isnin), 5.10.2010 (Selasa)

Catatan Bermula dilembaran Baru....selepas Laparotamy

Sekilas sms dari UIA....Appoiment dengan Dr Roszaman 8.35 pagi 4.10.2010....UIA Jalan Hospital...sudah terlalu kerap ke sana. Selepas operation laparotamy 24.4.2010 tidak berkunjungan lagi......ke sana lagi buat kesekian kalinya.....
TVS scan dan result CA 125 menunjukkan ketidakaktifan cyst amat mengembirakan...Namun ovari yang collapes dan kurang respons sesuatu yang bukan baik....Cadangan IVF secepat mungkin dengan period yang belum kunjung tiba walaupun Luctrin kali terakhir disuntik adalah pada 24.7.2010.....Merajuk barangkali...Kelewatan yang membimbangkan.....Terpaksa mengambil Yasmin di atas saranan Tuan Doktor jua........Huh....pil perancang untuk tetapkan period....Esoknya terpaksa lagi ke HTAA.....8.15 am...awalnya....

8.15 am, 5.10.2010...sudah terpacak menunggu giliran dikaunter O & G klinik....Dr Roszaman berjaya menyakinkan ' big boss' O & G bahawa aku memerlukan dos yang tinggi untuk meneruskan IVF....Alhamdulillah.....berjaya...untuk kesekian kalinya mendapat ubat dari farmasi yang kosnya mencecah beribu ringgit.....Thanks God.....
Bersinggahan di farmasi Voon...mendapatkan Tribestan untuk abang....harganya kian meningkat....mencecah Rm 155.70...huh....kaya kalau buka farmasi ni......
Mula berkira-kira , menentukan tarikh.....menetapkan hati....untuk langkah yang seterusnya agar tidak gagal dan pincang....Mengharapkan Pertolongan Allah.....Bantulah hambamu ini Ya Allah....untuk kesekian kalinya doa dipanjatkan........

Isnin, 6 September 2010

Duhai Isteri.....


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…sebelum ianya diambil ALLAH selamanya.......

Ahad, 29 Ogos 2010

Bilakah?


Terasa tidak bergunanya diri ini.....terasa kerdil.....teramat kerdil....Bosan dengan penantian yang entah bila akan berpenghujung.....perasaan yang berbaur dipengakhiran Ramadhan kian menimbulkan resah.....menghadapi situasi yang akan mengundang juraian airmata....lagi dan lagi....Alangkah....kekadang menyesali nasib malang yang ditakdirkan....Ampunkan hambaMu ini Ya Allah.....lintasan kata hati hasutan syaitan......kiranya tidak terkira Rahmat dan Nikmat Allah........Syukur.....hanya itu pengubat hati yang lara......Kian cuba menghambat duka.....Namun Aidilfitri yang kian mendekat, kepulangan ke kampung beraya bersama adik beradik dan mertua sukar dibayangkan keadaan itu.......Ahhhhhhh.....kiranya boleh melarikan diri dari situasi ini.......ingin rasanya menjauh dari semua orang....menyendiri.....Kiranya ada yang mengerti hati seorang Aku.....


Khamis, 19 Ogos 2010

Siapakah yang mengerti?

19.8.2010 Khamis

Usai Tadarrus di pagi Khamis, kehairanan menerpa tatkala  tiba di kelas.....sebentar, melabuhkan punggung ke kerusi, rehat jap....apa citer sebenarnya ni?...Lantas berceritalah si Tukang cerita.....pepagi buta tadi asekitar jam 6.45 am apabila PPM tiba di kelas, terlihat seseorang sedang menanti...setelah diselidiki, rupanya dari jam 2.00 am berada berhampiran tangga kelas...tidur disitu rupanya...Lari dari rumah?......Siapakah yang mengerti? Di tangannya terdapat satu plastik pakaian, alatan mewarna dan alat tulis......Pelajar ini telah tamat persekolahan tahun lepas.....Aduhai.....rindu untuk bersekolah sampai sanggup lari dari rumah?....Di tangannya juga terdapat sekeping gambar kawan-kawan sekelas beserta gurunya......Rindu kat cikgu dan kawan-kawan......Alahai hati.....tersentuh ...lantas mengalirkan cairan jernih.....Kasihan....dia sendiri mungkin tidak mengerti kenapa lama tidak ke sekolah, mungkin tidak mengerti bahawa usianya sudah tidak melayakkan dirinya bersekolah......Rindu untuk bersekolah....rindu gelak tawa rakan- rakan, rindu pada jerit pekik guru-guru.....Arghhhhhh...Ada juga yang masih merindukan gurunya yang garang ini......

Tersentuh dengan keadaan.....Membawa diri sekejap.....menangis dan menangis....Kasihan bekas pelajar ku itu......Terpaksa di hantar ke rumah kerana kebimbangan keluarga mencarinya....... Ingin diluah, barangkali tidak mampu....ingin bercakap, tiada siapa yang mendengar, yang ada hanya sekeping gambar usang yang diusung ke sana dan ke mari......Sisa airmata mengalir hingga ke rumah......Huhuhuhuhu...betapa aku terkilan...tidak sempat bertemu dan bertanya khabar.......

Tuhan menganugerahkan aku sekeping hati yang mudah simpati dan mata yang mudah berair.....bak pelakon airmata....tapi bukan berlakon......Sesunguhnya , kebenaran itu amat pedih.....Kharir Shahrir Nezar bin Ali.....Siapakah yang memahami sekeping hati kecil yang menumpang di sudut dunia ini......Mata kian kaburrrrr.....




Jumaat, 13 Ogos 2010

BLOOD TEST.....AGAIN AND AGAIN......

Jumaat 13 Ogos 2010 / 3Ramadhan 1431 H
9.45 am - Bergegas ke IUI Klinik Jalan Hospital selepas bertelefon sebentar dengan staff di sana.......mengalih haluan dari Pantai Lab ke sana.....dapat membayangkan kesakitan jika ke Pantai Lab.....Staff kurang pofesional.....injection akan melebihi 4 kali...selalunya....Kiranya bernasib baik...kerana mereka bekerja....

11.00 - IUI Klinik...UIA....Ternyata nasib masih menyebelahi....Dr Murad masih di sana...lega....Dr yang akan mengendalikan tatacara itu...memang dari dulu, darah memang sukar untuk diambil dari tubuh....huh...ada ilmu sembunyi urat ke?...Teringat kata-kata seorang nurse.....hihihi...kelakar...
Alahai....sabar dan bertahanlah dengan cucukan jarum-jarum....2 kali dilengan kanan masih belum mahu mengalir keluar.....2 suntikan di lengan kiri...kiranya hanya sedikit yang keluar...tidak memadai.....satu cucukan di tangan kiri dan seterusnya di tangan kanan....huh....6 suntikan untuk hanya beberapa pain darah.....Darah sukar mengalir......airmata yang mudah mengalir......
Terima kasih Dr. Murad...sesungguhnya jasa Dr tersangat banyak buatku dan suami.....Dr yang senang di dampingi, berpengertian dan baik hati.....Terasa selamat dan aman menerima rawatan darinya.....
Berpamitan sebentar dengan staff dan Dr bertugas......Ingin kembali ke sini menyambung rawatan....berappoiment kembali......selepas raya....Terima kasih semua walau dalam kesakitan, senyuman tetap disedekahkan.....Ramadhan.....

Rabu, 11 Ogos 2010

.....JANJI.....?

30 Sya'aban 1431 H
Catatan Pilu seorang 'Aku'

Genap sudah 10 tahun sebagaimana yang dijanjikan....janji? hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi......InsyaAllah...kiranya itu yang akan membahagiakan hati seorang yang paling aku sayangi, janji itu bukan hanya permainan bibir.....Tetap akan ditunaikan.....besar pengorbanannya.....Permintaan maaf bersulam tangisan sendu kerana masih gagal sehingga kehari ini....tidak mampu sebenarnya....kiranya boleh , ingin ku ciptakan sendiri.....kiranya....Namun Yang Maha Pencipta lebih mengetahui segala-galanya.....Ramadhan disambut dengan deraian airmata, airmata berdua...........bersahur dengan mata yang kian membengkak...huhuhu....

Pasrah kiranya jika ini ketentuan Takdir...semakin bersedia mental dan fizikal.....bersediakah....? Gelap gelita rasanya seluruh alam maya ini.....Jiwanya jua terhiris...hatinya jua terhiris....
Saat hati sedang lirih....mata semakin pedih...
Saat jiwa meraung.....rindu kian menggunung...
Senyuman mampu   menyembunyikan kesedihan... tetapi hati......
Betapa sukar mentafsir hati Sang Suami....betapa baik, betapa luhur....sebaik itukah...? tanpa rasa prejudis...tanpa rasa cemburu, tanpa rasa dengki....bersih hatinya.....suci jiwanya.....Insan sebaik itu tidak mungkin menderita bersama...Kasihan....Saat airmata menjadi terlalu murah......saat sendu tidak mampu disembunyikan disebalik gebar....Saat lidah kian lancang menghunus belati...walau hanya bersulam mutiara jernih......Yang mampu hanya menangis dan menangis ...pertahanan diri yang ampuh....Saat kesedihan mengepong segenap urat nadi....teman setia, hanya airmata.....Kasihan.....MENANGISLAH KIRANYA ITU YANG LEBIH MELEGAKAN....Terima kasih kerana sudi meminjamkan 'bahu' buat sandaran meleraikan kesedihan.....Yang ada, Hanya cerita sedih....

Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

My heart said...."LA TAHZAN...LA TAHZAN..." But my eyes can't hear it...Why..?

Deringan tone mesej dipagi hari menggangu tidur....sekilas .....La tahzan...la tahzan...hati menjerit pilu...membisikkan nada sendu....mententeramkan jiwa yang mula ingin beremosi....lantas ke bilik air...tapi mengapa mata yang hanya separuh terbuka ini terus mengalirkan air jernih tanpa dipinta.....pinta? Huhuhu...siapa yang ingin menangis pepagi buta? membengkakkan mata tatkala ingin ketempat bertugas? bersedia menjawab solan cepu mas dari teman-teman sekerja?..Huh....

Kenapalah hati beremosi sensitif saat sebegini.....Sepatutnya bergembira menyambut seorag lagi umat Muhammad S.A.W ke dunia ini.....Menyambut seorang lagi ahli keluarga baru....Keturunan ahli keluarga Sidik...Tapi......
hati yang degil ini kekadang sukar menerima kenyataan...kenyataan pahit sebuah kehidupan yang telah tersurat sejak azali.....

Pedulikan.....menyucikan diri....Mengadap yang Maha Esa...Maha Pencipta....Solat Subuh dengan juraian mutiara jernih.....Bersujud...Berdoa dengan doa yang panjang kepada Maha Pencipta, yang menciptakan langit dan bumi serta segala isinya....Yang menciptakan manusia dan makhluk lainnya.....Yang menciptakan Adam dan Hawa.....Yang mencipta dan akan mencipta....Yang berhak disembah.....Wirid dan doa yang panjang untuk Maha Pencipta...Menyembuhkan dan menciptakan untukku dengan zuriatku sendiri...Memohon dengan penuh khusyuk.....Memohon dengan penuh ikhlas....Memohon dengan penuh sendu....Hanya kepadaMU .....Tuhan yang layak mendengar rintihan walau tidak mampu diucapkan dengan kata-kata......
Kesedihan berterusan ketempat bertugas....merosakkan 'mood' pagi....Tatkala sedih, paras semangat menghampiri zero.....Sukatan ketabahan menurun......Timbangan kesabaran merendah......Pertimbangan emosi  mengatasi pertimbangan akal.....Kasihan anak-anak didikku yang tidak berdosa...Tidak mengerti permasalahan yang membelengu Sang Tua ini.......Hati kian kuat menjerit......."LA TAHZAN ....... LA TAHZAN......" Namun mata ini kian degil.......terus-terusan mengalirkan air jernih......Tiadak mampu lagi meneruskan catatan pilu ini.......huhuhuhu.....



Majlis persaraan Master Teo @ Impiana Resort, Cherating

9 Ogos 2010
Mengakhiri zaman perkhidmatan pendidikan....berakhirlah zaman kesibukan, zaman mengumpul kekayaan....pusingan kehidupan manusia lengkaplah sudah.....kita juga ...sempat bersara wajid atau kematian dahlu yang menjemput? Hidup semakin menghampiri kematian.....Insafi diri

Mencipta kenangan agar bisa diingati...memenuhi ruang kehidupan


Sabtu, 7 Ogos 2010

ARTIKEL PENTING !!!!!

Cara Menentukan Masa Kesuburan Wanita



إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat” (al-Insan : 2)

Isu kesuburan adalah ketetapan Allah
Tentunya pasangan yang berkahwin mempunyai matlamat untuk menimang cahaya mata secepat mungkin dan malahan ada yang mahu mendapatkannya seramai yang boleh.
Tekanan dari keluarga di kedua pihak lelaki dan wanita menyebabkan pasangan suami isteri harus membuktikan bahawa mereka mampu mendapatkan cahaya mata untuk meneruskan kelangsungan salasiah keturunan.

Namun ramai yang tidak menyangka bahawa mendapat cahaya mata adalah merupakan sebahagian ketentuan takdir Allah kepada semua manusia. Sebagai mana rezeki, jodoh dan kematian, mendapat cahaya mata juga telah ditetapkan oleh Allah.

Ada yang diberikan Allah cahaya mata yang ramai, ada yang sedikit dan ada pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata langsung. Ini semua ujian Allah, tidak kiralah sama ada pasangan itu mempunyai ramai cahaya mata atau tidak ada langsung. Ujian untuk manusia bersyukur dan ujian untuk manusia bersabar. Sesungguhnya Allah memberikan ujian setakat mana yang dapat ditanggung oleh makhlukNya.

Jadi mungkin dengan mendapat anak yang ramai itu menjadi sesebuah keluarga itu menjadi baik. Namun ada juga yang tidak ditahan uji, keluarga berpecah dan bercerai walaupun anaknya ramai.

Ada juga anak yang sepatutnya menjadi saham berguna di akhirat itu bertukar menjadi saham neraka bagi ibu dan bapanya.

Walau apa juga ketentuan Allah, terimalah dengan hati yang rendah dan taat. Namun bagi mereka yang mahukan zuriat keturunan, berdoalah sebagaimana Nabi Zakaria berdoa.


وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ

Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. (surah al-anbiya, ayat 89)
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)

Maka setiap pasangan yang agak sukar untuk mendapatkan cahaya mata haruslah berusaha mengenal pasti fertile window bagi si isteri, sebagai suatu langkah tawakal terhadap takdir Allah.

Kesuburan dan peluang kehamilan

Seorang suami bertanya kepada saya, tanpa mengira dan mengenal pasti waktu kesuburan, berapa peratus kehamilan seorang wanita? Adakah pasangan lelaki-wanita yang berjima’ sekali saja, boleh hamil?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Barrett dan Marshall mendapati hubungan jima’ secara rawak hanya mencapai 24% peluang kehamilan bagi setiap kitaran haids bagi seorang wanita.

Ini bermakna ianya terlalu kecil. Maka peluang untuk kehamilan hanya akan dapat ditinggikan dengan mengenal pasti waktu kesuburan isterinya.

Jadi apakah itu waktu kesuburan (Fertile window)?

Ia adalah waktu yang paling subur di mana waktu beberapa hari dalam setiap kitaran haids untuk mendapatkan kehamilan selepas melakukan jima’. Bagi kitaran haids yang tetap, secara teori, ianya meliputi enam hari iaitu, lima hari sebelum ovulasi dan sehari selepas ovulasi.

Bagi mereka yang keliru dengan perkataan Ovulasi, ia berlaku semasa telur ovum yang matang dilepaskan dari ovari, dan akan bergerak ke tiub fallopian untuk disenyawakan. Bagi kitaran haids yang berlangsung selama 28 hari, ia berlaku antara hari ke 14 atau ke 15 dari hari pertama seseorang wanita itu mengalami pendarahan haids.

Kitaran haids yang tetap kadang kala disangka sebagai kitaran haids yang mengelurkan telur ovum yang matang (kitaran yang subur), mana kala kitaran haids yang tidak tetap kadang kala dianggap sebagai kitaran haids yang tidak mengeluarkan ovum (kitaran tidak subur).

Namun ianya mungin berlaku sebaliknya. Ramai wanita yang tidak mempunyai kitaran haids yang tidak teratur dan tetap menghasilkan ovum, manakala yang mempunyai kitaran haids yang teratur pula tidak menghasilkan ovum. Ini semua adalah ketentuan Allah. Maka bersyukurlah wanita yang tidak ada masalah untuk hamil. Bagi wanita yang bermasalah, berdoalah semoga Allah mengubahkan takdirnya.

Bagaimana mengenalpasti Fertile Window?

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haids yang tetap (28 hari kitaran haidsnya), fertile window bagi si isteri ialah antara hari ke 10 dan hari ke 15.

Namun bagi wanita yang mempunyai kitaran haids yang tidak teratur, bagaimana pula?

Dengan menggunakan kaedah Menandakan Kalendar, seseorang wanita menggunakan kitaran haids yang lepas sebagai panduan dan mengagak masa kesuburannya.

Bermula dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haids selama 8-12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama pendarahan haids sebagai hari pertama bagi kitaran haids itu.

Pilih kitaran haids yang paling panjang dan yang paling pendek. Tolakkan 18 daripada kitaran haids yang terpendek, dan ianya adalah hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11 daripada kitaran haids yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.

Contoh:

Mac 29 hari

April 26 hari (kitar haids terpendek)

May 30 hari

Jun 31 hari (kitar haids terpanjang)

Julai 30 hari

Dalam contoh ini, kitar haids yang terpendek ialah kitaran haids yang mempunyai 26 hari manakala kitar haids yang terpanjang ialah yang mempunyai 31 hari. Tolakkan 18 dari 26 iaitu hari ke 8 sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11 dari 31 iaitu hari ke 20 sebagai hari subur yang terakhir. Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20.

Mengagak dengan lebih tepat

Kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum selalunya berlaku pada pertengahan kitaran haids (bagi kitaran haids yang tetap).

Setelah ovulasi, ovum akan hidup diluar ovari selama 24 jam manakala sperma yang telah dikeluarkan oleh si suami pula boleh hidup selama lima hari di dalam badan wanita.

Maka dalam keadaan yang sempurna, waktu kesuburan (fertile window) hanya berlangsung selama enam hari, iaitu lima hari sebelum ovum dikeluarkan dan 24 jam selepas ovum dikeluarkan (ovulasi)

Namun semuanya bergantung kepada kehadiran cervical mucus yang baik, metabolisma sperma, daya tahan sperma itu, tahap pH pada vagina dan banyak faktor yang tidak dapat dikawal oleh manusia.

Maka saat yang benar-benar subur adalah sehari sebelum ovulasi dan sehari selepasnya. Peratusan kehamilan lebih tinggi lebih kurang 60%.

Jika kaedah Menandakan Kalendar ini menjadi sukar bagi sesetengah pasangan, terutama bagi si isteri yang tidak mempunyai kitaran haids yang teratur, ada beberapa cara lain untuk menentukan fertile window.

Antaranya menggunakan alat untuk ujian air kencing juga boleh mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba (LH surge) yang berlaku 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabila ianya positif, hubungan jima’ haruslah dilakukan pada malamnya kerana ia adalah waktu kesuburan.

Dan ada beberapa teknik lain seperti Cervical Mucous Monitoring dan Basal Body Temperature.

Namun yang lebih penting, bukan sahaja cahayamata yang dinantikan tetapi juga menginsafi diri bahawa kejadian kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Ianya hanya pinjaman dan akan diambil semula. Gunakan masa yang ada sebaiknya.

Selasa, 3 Ogos 2010

APPOIMENT AGAIN......

3 OGOS 2010
Kembali semula ke HTAA yang entah kali keberapa.....Dr Siti Anisah sedia menunggu ketibaanku.....Dr yang msih ku ingat wajahnya semasa didewan bedah bersama Dr Roszaman dan Dr Murad.....Alhamdulillah....imbasan scan yang dilakukan menunjukkan cyst itu telah hilang sepenuhnya...buat masa kini...harapnya tidak akan muncul menganggu hidupku lagi....

Borang CA 125 harus dikembalikan kePantai Lab untuk ujian darah.....Appoiment dengan IVF Centre sejurus selepas itu telah diberikan oleh Hayatai....4 Oktober 2010......CA 125 13 Ogos 2010 Jumaat pagi....Seterusnya bersedia untuk.......IVF again......

Isnin, 2 Ogos 2010

MASIH TERASA.....

Kebarangkatan rombongan seramai 38 orang ke Pulau Lagenda Langkawi diiringi cuaca yang gerimis memercikkan rasa teruja yang mewarnai perjalanan.Kepadatan jadual lawatan selama 3 hari 2 malam seperti tidak terasa letihnya. Jadual yang dirancang berjalan dengan selamatnya, cuma hati ini masih terkilan dengan kegagalan menaiki  'cable car' akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Keterujaan ahli rombongan dan pelajar membeli belah amat dirasai....Fuhhhh.....



Sukaaaa sangat tengok gambar ni......ingin terasa merelisasikannya di Mahligai Impian.....

Perjalanan pulang ke Kemaman cukup meletihkan. Selama 12 jam di dalam bas amat membosankan, keletihan ahli rombongan menjadikan perjalanan senyap dan suram....Gambar yang sempat si'snap' kebanyakannya oleh Adik Lan...adik tercinta......Berbaloi membawanya bersama.....

Sabtu, 24 Julai 2010

LANGKAWI ...OH...LANGKAWI

Posting terakhir sementara keberangkatan ke Langkawi 26 Julai hingga 29 Julai....posting terakhir untuk bulan Julai...

My best friend........sentiasa menjadi pendengar dan penasihat yang setia....