Isnin, 26 September 2016

Bagaikan sudah menjadi kebiasaan untuk bertanya “Bila nak dapat anak?” kepada pasangan yang masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.
Namun, buat yang bertanya itu, adakah mereka tahu bahawa persoalan semudah itu kadang-kala mengguris pasangan itu yang tiap bulan menanti kehadiran penyeri rumahtangga?
PERKAHWINAN TANPA ZURIAT
“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama..
Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah ALLaH satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat.. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza.. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak.. Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..
“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil”
“Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”
“Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar”
“Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk”
“Bro.. Air mani kau tak power kut…”
MashaALLaH… Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo’a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..
Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..
Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?
Anak angkat… Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa.. Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH..
Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..
Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH.. Jangan putus berdo’a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH..
Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan..
Sekadar perkongsian.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Rabu, 30 Disember 2015

DIA - NUR AUNI SYAFIYAH







DIA..... yang ku sayang.....

Menutup tirai 2015


Menutup tirai 2015....warded lagi @HUSM Kubang Kerian....emegency pain....
Angkara cyst yang masih lagi menghantui kesihatan....1.12 - 21.12.2015...sesuatu yang serius perlu difikirkan....

SELAMAT TINGGAL 2015...SELAMAT TAHUN BARU 2016...


Jumaat, 8 Mac 2013

2013 - ENTRI PERTAMA



Terlalu lama rupanya menghilang diri, menyepikan diri dari dunia penulisan blog, kian bersawang .... rupanya masih ada pengunjung sudi menjengok di sini...Terima kasih, biarpun tuan empunya diri sudah kehilangan semangat dan kudrat untuk meng'update' cerita terbaru....Sebenarnya tiada apa yang baru dan menarik untuk dikongsi, masih jua menanti, masih jua berdua..... Tiada apa yang berubah....hanya usia yang kian meningkat.....
Tahun baru ... tiada azam yang diimpikan, tiada yang dinantikan, tiada yang diharapkan...... Hati sedikit walang mendengar khabar gembira adik yang baru berkahwin akan menimang cahaya mata....sedikit cemburu kot.... La Tahzan

Khamis, 16 Ogos 2012

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN......


Ramadhan hanya tinggal 2,3 hari sahaja lagi.....ramadhan yang entah jump lagi atau tidak untuk tahun mendatang....Ibadatku yang semakin banyak ketinggalan ekoran masalah kesihatan...sesungguhnya antibodi semakin lemah....cyst mula menguasai tahap kesihatanku ini.....puasa yang terpaksa menahan kesakitan seluruh pinggang...hanya ubat penahan sakit teman setiap hari.....
raya yang bagaikan ingin dihentikan kehadirannya...sesungguhnya ku tidak mahu pulang kekampung...tidak mahu.......beraya dengan orang-orang yang bakal menyakitkan hati....huh....apakan daya....hanya itu kampungku dan kampung dia.....Selamat hari raya buat aku yang semakin menghampiri  liang lahad.....Insafi diri seadanya......entah akan bertemu raya akan datang....(dengan kesihatan yang semakin merudum) hanya MATI yang sering berlegar difikiran.......besediakah untuk menghadapi sakhratulmaut nanti?????

Sabtu, 16 Jun 2012

DIMANA KESUDAHANNYA?????


Terlalu lama tidak punya nafsu untuk meng'up date' blog ini, kian bersarang sehinnga tersalah tafsiran.....enggak mengapa......dimaafkan...hehehehe...
Tidak disangka jua, diamku yang lama mengundang teman mencari kisahku diblog ini.....Terima kasih.....sudi menjejaki ku di sini.....iya lah mana tahu, diamku diam untuk selama-lamanya.....Nauzubillah......
 Cerita hidupku hanya cerita biasa, cerita yang berkisar tentang sekolah, tentang hospital....(.juga tentang bulan)hehehehe....
Musim cuti yang bagaikan tiada cuti.....masih sibuk dengan kursus, dengan kerja sekolah.....di samping melawan kesakitan yang entah dari mana datangnya ini.....Mencucuk pinggang dan perut....(bukan mengandung dan bukan period.). Pain killer yang hanya disyorkan 2 biji terpaksa ditelan 6 biji.....bermula selasa hingga jumaat.....6x4= 24 biji....Maunya ubat itu tidak kehabisan.....
Sabtunya...ekoran ubat yang telah habis dan kesakitan itu masih jua menyengat, terpaksa menuju Unit Kecemasan Hospital Kemaman, satu suntikan belum memadai rupanya......selepas 1 jam pulang, kesakitan itu datang lagi.....Doktor juga hairan ditambah dengan bebelan yang entah apa-apa...Lantak lah....yang aku tahu kesakitan aku kurang.....Terpaksa menuju kehospital semula.....Suntikan kedua dan cadangan masuk wad.....1jam selebihnya hanya menanti kesakitan ini agar berkurangan....Ujaian darah yang dilakukan adalab normal, maknya tida apa-apa jangkitan di rahim atau kawasan sekitarnya...Habis???? apa yang menyucuk perut seakan mahu merobok perutku itu...Misteri.....Huh.....???? Mungkin Endometrisis.....penerangan yang entah apa-apa dari Doktor Unit Kecemasan.....Tak perlu masuk wad....ambik ubat tahan sakit jer....!!!! Malas aku nak bertekak untuk masuk wad.....MC untuk hari pertama buka sekolah......10 Jun 2012....
Kesakitan yang sama menyerang lagi pada hari-hari berikutnya.....diikuti dengan pendarahan yang bukan haid.....Istihadhah....Terpaksa menelefon Klinik Pakar UIA meminta nasihat. Appoiment lagi....terpaksaaaaa......25.Jun 2012. UIA Indera Mahkota, Klinik WHC (Women Health Centre), Sementara itu terpasa lah menelan ubat tahan sakit ini......

Jumaat, 13 April 2012

MENCARI KEAJAIBAN.....!!!!

Subhanallah, hamil itu menakjubkan!



Sungguh, kehamilan adalah sesuatu yang menakjubkan yang terjadi pada seorang wanita. Tak terhitung hal yang menakjubkan terjadi saat kehamilan dialami. Mulai dari menakjubkannya proses awal penciptaan seorang manusia dalam rahim, hingga menakjubkannya perubahan-perubahan yang dirasakan oleh wanita hamil.

Saat ini saya sedang hamil tiga bulan. Dan sudah tiga bulan ini pula saya banyak sekali mengalami hal-hal yang dulu tak pernah saya bayangkan jika mengalami kehamilan. Memang, saya seringkali mendengar cerita teman-teman atau sekadar membaca artikel tentang kehamilan. Tetapi, tetap saja, mengalaminya sendiri sungguh sebuah pengalaman menakjubkan. Menakjubkan sukanya. Juga menakjubkan dukanya.

Suka, itu sudah pasti. Wanita mana yang tidak suka ada janin di kandungannya. Hari demi hari merasakan perkembangannya di dalam Rahim. Suka, sebab akan hadir penyejuk mata dan jiwa. Penggembira hati bagi ayah dan ibunya. Terlebih jika ia dapat menjadi peringatan ketika lupa kepada Sang Pencipta. Lalu dukanya? Sudah diceritakan oleh Allah dalam Al-quran bahawasanya seorang ibu yang mengandung dalam keadaan yang susah yg bertambah-tambah. Bermula dengan mual, muntah-muntah, pusing, tidur yang tak lagi bisa nyenyak, dan pelbagai gejala lain.

Begitu beruntung wanita hamil yang tak mengalami mual muntah di kehamilannya. Bagi yang mengalaminya, apalagi yang parah, sungguh kesabarannya begitu diuji. Bangun tidur di pagi hari, muntah-muntah. Selesai sarapan, makan tengah hari atau makan malam, muntah-muntah. Makanan apapun yang baru masuk perut, harus keluar lagi lewat muntah.

Dengan keadaan seperti ini, selera makan tentu akan berkurangan. Akhirnya perut kosong. Jadi ibu hamil tersebut harus muntah yang rasanya sangat pahit kerana tidak ada makanan yang bias dimuntahkan lagi. Jadi lambung perih. Tubuh lemah. Jika sebagai ibu hamil tidak memotivasi diri untuk makan, maka keadaan seperti ini akan berterusan, bahkan hingga trimester kedua atau lebih parah ke trimester ketiga.

Begitulah sebahagian keadaan yang dirasakan seorang ibu hamil. Apalagi jika membicarakan risiko yang akan ditanggungnya. Risiko terbesar adalah ketika berjuang melahirkan sang bayi, kehidupan yang harus dikorbankan.

Itulah kehamilan yang menakjubkan. Ia adalah anugerah yang menakjubkan bagi wanita. Juga adalah sekaligus ujian yang menakjubkan bagi wanita. Akhirnya, hanya dua kunci dalam menikmatinya; syukur dan sabar. Sebab, ada satu hal lagi yang menakjubkan bagi seorang ibu hamil; di setiap harinya ribuan malaikat memohonkan ampun baginya kepada Allah. Subhanallah  - petikan dari Dunia Macam-Macam  -




Isnin, 19 Mac 2012

CUTI YANG TIDAK BERCUTI .....


Bermulanya cuti sekolah.....hari pertama cuti 9.3.2012, menerima panggilan yang tidak berapa cemas dari kampung....ibu mertuaku diserang strok, strok???? lantas bergegas pulang kekampung....terpaksa menjaga ibu mertuaku itu sampai sehabis cuti, berbakti seadanya seakan ibu ku sendiri......semoga panjang umurnya...Amin....

Rabu, 7 Mac 2012

.......BERHENTI BERHARAP !!!!!!

Kiranya ini dugaan Allah untukku, aku terimanya dengan hati yang terbuka dan redha.....kesakitan membuatkan aku sabar, tabah.....kiranya hanya setakat ini jodoh yang Allah tentukan untukku, aku jua pasrah dan redha....cukup sudah aku berusaha, cukup sudah menjadikan diri ini mangsa suntikan...cukup........kiranya mampu, aku ingin tidur dengan aman buat selama-lamanya, pasrah dan redha jika Allah sudi menjemput ku kembali kepada-Nya....agar tidak lagi menangung siksaan ini.....Aku tidak mampu......Ya Allah......penat, letih untuk mengharunginya.....Bantu lah ya Allah......Aku ingin pergi jauh......jauh dari segala yang menyakitkan, jauh dari dunia ini......jauhhhhhhh......

Selasa, 6 Mac 2012

OPERATION LAGI.....

24.2.2012 JUMAAT

Setelah seminggu berappoiment dengan Dr Rose di KMC, booking bilik di KMC, bersiap sedia jiwa raga untuk memasuki buat kali yang ke-4, bilik bedah, bukan lagi di HTAA tetapi di KMC, bukan lagi membedah perut seperti selalunya, tetapi tekak, ekoran tonsilitis yang kian mengancam kesihatan dan kehidupan, jalan terakhir yang disarankan doktor......OPERATE..... buang tonsil.....mula check in selewat jam 9.00 malam 23.2.2012 seusai kembali dari Kem Solat Negeri Terengganu 3 hari 3 malam.....meletihkan, dengan bilik yang menempatkan dua pesakit, amat tidak selesa dengan seorang penunggu perempuan a.k.a adik yani.... kesiannya diatas ketidakselesaan....beraircond bagai.....Alhamdulillah....privacy....
pepagi morning bersedia, operatin bermula jam 3 petang, seiiring dengan kemasukan  ke wad 'siibu' yang akan melahirkan anakku......ANAK?????
Terpaksa memanggil datang segera ibu dikampung untuk menyambut kelahiran anakku ekoran aku terpaksa bertapa di KMC entah berapa hari.....secepat Airbus dengan harapan ibu datnag, ingin segera membawa cucunya pulang ke kampung....Alangkah tidak sabarnya.... Solat zohor seawalnya dengan wirid dan doa yang panjang minta diselamtkan dari segala musibah......hanya Allah tempat memohon....

Tonsil yang selamat dibuang


2.00 petang disorong kebilik pembedahan.....
Seusai 'dimatikan' sekejap siingatku jam menghampiri 3 petang....berada di dalam kewarasan menghampiri jam 5 petang.....tidur dan tidur...kesakitan yang menyengat.....muntah dan muntah lagi dengan cairan merah bercampur darah.......tidur....zzzzzzz.......Maghrib, dinner dengan aiskrim vanilla ....thumb up tanda sedap....masih sempat melawak saat sakit sebegini.....


Anak yang selamat dilahirkan.....jam 5 ptg Sabtu 25.2.2012.....diazankan oleh suamiku yang kempunan anak, tercapai jugak hasrat untuk mengazankan bayi, kasihan suamiku.....
Ibu yang tidak pernah menguruskan tembuni terpaksa berkorban, pengorbanan yang besar untuk aku dan suamiku.......senyuman melebar tentunya....
Ahad, kesakitan ku seolah tidak terasa, teruja melihat bayi ku......admit dari  KMC dengan bil sejumlah rm 5100....tandatangan dan ingin segera pulang melihat baby.....
Sesampai jam 2.00 ptg.....kehospital Kemaman, serah slip ubat dan melawat Yati....baby????
Alangkah bahagia....baby yang comel.....bersedia menjadi ibu, fasa baru dalam hidup, kesakitanku sendiri hampir dilupakan walau hanya cuma mampu menelan bubur nasi....
Malamnya riuh rendah bakal makcik dan pakciknya, bakal ibu dan bapanya, bakal neneknya mencari nama yang baik dan sesuai.......fasa baru dalam hidupku kian menanti....IBU.....Haris Syahmi......cantik dan bermakna baik...Haris, pengawal, pelindung....Syahmi, mulia, bijak berani......hasil google lan yang baik.....

ISNIN
Seawal jam 11.30 pg, mencucuk wang di BSN untuk melunaskan bil Hospital Kemaman untuk Yati.....ke farmasi menuntut ubat yang dijanjikan diambil di HTAA......urusan yang mudah dan lancar...Terima kasih... menanti untuk waktu melawat. Berpapasan dengan ibu mertua a.k.a nenek dan si suami yang kedua-duanya tidak nampak mukanya saat isterinya bertarung melahirkan anak. Kini muncul ingin melihat baby.....sesat ciuman siayah......Seusai solat zohor, hati yang bagai disayat dengan perkhabaran ibu mertua yang tidak ingin memberikan cucunya, menyalahkan siayah yang ingin memelihara anaknya.......bertegang urat sebentar.....Alangkah......
Janji yang dimungkiri setelah aku berhabisan membeli barangan bayi, menghulur wang tunai rm 350 untuk siibu....alangkah tegar menyakiti hatiku dan ibuku....Alangkah......
pulang untuk memohon agar Allah balikkan kembali hatinya.....doa...doa...doa.....
MALAM.....segalanya terlerai...berakhir kini...aku belum terasa ingin menangis....

SELASA......pepagi hari seusai solat subuh, terasa perasaan kosong, ingin menangis kerana kesedihan dan terasa kesakitan hati disakiti dan dikhianati.....Menangis........hanya air mata teman setia.....
10. pagi, dengan harapan yang berkecai, bertolak pulang ke kampung, membawa ibu malang dengan hatinya disakiti, membawa adik malang yang jiwanya tercalar dikhianati, membawa hati ku sendiri yang remuk dan sakit.......3.00 ptg tiba dengan seribu jawapan dari pertanyaan keluarga yang menanti....cerita dengan berbagai versi ....
RABU......Yati sudah boleh keluar wad dengan baby......
Abang bertelefon, Yati ingin memberi baby nya kembali ...persetujuan siayah yang dungu itu......Maaf....aku tidak ingin menerimanya lagi....Maaf....hati ku yang skit ini memberikan jawapa TIDAK......kesian baby....kesian??? Jawapan TIDAK tetap TIDAK walau sesiapun yang memujuk....TIDAK>>>>TIDAK>>>TIDAK>>>>......"sekiranya abang mahu mengambilnya, susui lah sendir...ubatnya di dalam peti sejuk"....Mak tidak ingin menjaganya.....MAAFFFFF...... kenyataan tegas dan keras.....
Berakhir sebuah penantian, tamat sebuah cerita perjalanan hidup yang boleh dinovel kan, anka angkat yang dinanti semenjak 6 bulan dalam kandungan gagal dimiliki....wang yang dilaburkan hangus....semunya suratan takdir....ketentuan ALLAH Taala......pasrah dan redha, mungkin ada hikmah disebaliknya......hati terpujuk sendiri....
Meneruskan kehidupan seadanya seperti asal...... Cerita malang ku.....

Isnin, 5 Mac 2012

.....TAHUN BARU?????? AZAM BARU????? KELUPAAN ATAU APA????

27 JANUARI 2012
Appoiment pertama untuk tahun 2012, Jumaat yang mulia, 10 pagi, UIA Jlan Hospital.....Tidak sangka Dr Murad yang menanti.....seperti biasa berbasa basi....juga scan....yang luar biasanya aku, aku dan uterus ku ini, terkejut dan mengejutkan Dr Murad.....dengan paut dan kesuburan cyst.....hmmmmmmm.....Dr. hanya dikurniakan Allah ilmu yang sedikit ini....kata doktor yang hanya membuatkan aku semakin hilang harapan, gelap......lebih baik fokuskan kepada anaka angkat....slip ubat untuk disuntik bagi mengeluarkan susu diberikan....terima kasih doc....mungkin ini kali terakhir kita berjumpa.....berpamitan sebentar...jangan lupa bawa baby kesini.....teringat ayat terakhir Dr. Murad...hanya senyuman sinis tanpa makna diberikan.......pulang denga harapan yang kecewa....

Sabtu, 24 Disember 2011

.....JEJAK BERTAPAK, HARAPAN MENGGUNUNG.....

Jumaat 23.12.2011



Setelah sekian hari merisik khabar, menyiasat segala maklumat berkaitan, akhirnya kemenjadian juga berkunjung ke Lubuk Lesung untuk men'confirm'kan a.k.a memeteri perjanjian usahasama......(macam bisness pulak)...Teman setia merangkap 'kekasih' En.Asben beserta isterinya diundang bersama sebagai pelengkap acara  peneman setia....Sedikit buah tangan untuk keluarga....berjanji,berbincang, mengambil kata sepakat kedua belah pihak...serasanya masalah kesihatan tidak timbul.....Buku pink menjadi saksi.... 3.3.2012 ..due date...selalunya kurang seminggu atau 2....itu kata siibu, berkali-kali mengesat kolam mata yang bergenang....Ia lah...kesukaran hidup terlihat jelas di rumahnya, alangkahh...alangkah dhaifnya.....

Terfikir sejenak....masih wujud lagi manusia yang terlalu dhaif begini di Malaysia, lebih dari peribumi Sabah dan Sarawak....Bekalan elektrik pun tiada, air paip bersih entah ada entahkan tidak......segan untuk bertanya....rumahnya (jika layak dipanggil rumah) ....sejujurnya layak dipanggil pondok...tiada mempunyai apa-apa perabot, kerusi, meja...hanya sebidang karpet yang lusuh dan rak pakaian.....bilik??? entah ada ker tidak...dapurnya berlubang di sana sini...... Masih wujud insan sedhaif ini di negeri Terengganu yang kaya raya dengan hasil minyak dan ladang-ladang  ini......Ingin menyalahkan siapa, wakil rakyat ????....hah....peduli apa dengan rakyat miskin...begitu agaknya JKK dan wakil rakyat berkata.....Entahlah....di ladang kelapa sawit yang jauh dari rumah orang beserta 2 anak yang berumur 4 dan 6 tahun (yang pastinya tidak pernah ke Tadika), dengan rumah yang berlubang dan tidak bertutup secara total.....dengan ketiadaan elektrik.....Huiiiii....seram...dekelilingi semak samun dan ladang sawit, macamana hidupnya....Usahkan televisyen, peti sejuk, mesin basuh, periuk elektrik, oven....mahu mengecas hand phone pun berjalan kerumah jiran menumpang cas.....Siksanya hidup didunia....Tidak dapat ku bayangkan hidup sehari tanpa elektrik....huiiiii...panas, sesak nafas...tidur tanpa aircond.....Adoiiiiii ....siksa, sehari tanpa laptop dan TV.....Alahaiiiii.....bosan......

Suaminya....10 tahun muda dari siibu.....diulangi 10 tahun....siibu 37 dan siayah 27....Macamana boleh 'terkahwin' opppppssss 'ternikah' agaknya????? pilihan siapa??? saranan ibu bapa, siayah memang jelas tiada kredibiliti menjadi bapa, budak sesangat.....patut la tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai bapa....Ini anak sulung hasil perkahwinan dengan bapa baru ini.....sebelumnya 9 orang dengan bapa lain....
Selesai mengikat janji berpamitan seadanya...Sejujurnya aku sedih melihat kehidupan manusia yang diabaikan sepertinya, hanya menumpang dipenjuru dunia......dipinggirkan....Tidakkah ada bantuan dari kerajaan untuk insan sepertinya???? Dimanakah JKK dan YB yang mereka pangkah semasa PRU dahulu??? Rumah PPRT contohnya layak diberikan.....Apa sudah jadi dengan duit zakat kita dan duit hasil yang ku bayar setiap tahun..???? beribu-ribu pulak tu.....

Mungkin Allah mengutuskan aku dan En. Asben untuk 'menyelamatkan' keadaan...menyelamatkan seorang anak dari hilang haknya untuk mendapat yang terbaik dalam hidupnya, mendapat pendidikan....Mungkin....???? Siapa tahu rahsia yang Allah aturkan kedalam hidup hambaNya...perjalanan yang ditentukan......Perlu....amat perlu berbincang dengan mak bonda untuk menjadi ibu asuhan....sekembali dari hospital bersama anak ini nanti...Mahukah mak bonda ambe ini????? ..Mudah rasanya dipujuk...InsyaAllah.....segalanya akan dipermudahkan Allah urusan ini.....Hati berbunga riang disulami bimbang dan risau bergayut ditangkai hati.....MAMPUKAH menggalas tanggungjawab dan amanah ini nanti...????? Ya Allah....permudahkan segala urusan......

Isnin, 19 Disember 2011

...MENJEJAKI...

16.12.2011 (Jumaat)


Keterujaan, mungkin, selepas mengetahui ada seorang ibu yang ingin memberikan anak yang dikandungnya untuk dijadikan anak angkat.Dan selepas sebelumnya bertelefon dengan ibu tersebut, terpaksa diikutkan kemahuan untuk menjejaki kampung dipedalaman tersebut. Kampung Lubuk Lesung, tidak pernah pula ku dengar nama itu. Sekadar ronda-ronda di sana apa salahnya.....

Ahad....
Nampak sangat kesungguhannya.....berpamitan sebentar pulang dari kerja....berkejaran ke kampung tersebut,mencari rumah yang dimaksudkan,berjaya menemui ibu itu, kampung yang sememangnya jauh dari bandar....maklumat yang hampir lengkap hasil penyiasatan 2 orang sahabat, 1)Sememangnya kemiskinan yang menghalang mereka untuk membesarkan anak sendiri (rumah yang kecil dan buruk tanpa bekalan elektrik) 2) Suami mengizinkan (pernikahan sah maksudnya) 3)Ibu telah mempunyai anak yang ramai sebelumnya ( ada 2 yang masih kecil)

Bravooooo.....penyiasatan yang menghampiri lengkap ...laporan kepadaku....untuk mengesahkan maklumat terpaksa dicari Ali a.k.a tukang gunting yang bekerja berhampiran pasaraya.....Walaupun menjejaki mamat tersebut juga payah kerana telah berhenti kerja, namun keazaman yang kuat serta sikap ingin tahu plus naluri kepolisan yang menebal, Ali dapat dihubungi dan berjaya diajak bersembang diwarung Kampung Tebak.....pedalaman jua lah adanya, terpaksa lah aku menemani pak polisi ini menemui informernya kerana takut memandu seorang diri tatkala pertemuan itu bermula 10.30 adanya dan tamat hampir jam 12 malam....

Maklumat yang positif ku kira....semuanya menyebelahi kami, salasilah keturunan perlu jua diambil kira, tahap kesihatan ibu dan bapa (tidak mahu pula bapanya terlibat dengan gejala kurang sihat), dadah umpamanya.....(minta dijauhkan), dibimbangi nanti HIV menunggu....(nauzubillah)...Harap-harapnya si 'Ali' itu tidak mencanangkan keseluruh alam perihal ini....
Men'google' lagi maklumat yang diperlukan untuk memudahkan urusan ....kiranya masih berbaki 2 bulan kerana ibu itu mengandung 7 bulan sekarang....Apa persiapan yang perlu???? Perlukah menyusukan???? Siapa yang nak jaga nanti kerana aku bukannya dapat cuti bersalin 2 bulan pun.....
maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negeri perlu juga diketahui, maklumat penyususan ibu dan hormon apa yang perlu disuntik (itu boleh tanya doktor kiranya).......
Kekadang terdetik pertanyaan dibenak, pertanyaan yang tak berapa nak cerdik...pertanyaan yang boleh mengurangkan iman ku kira,...tapi nak jugak bertanya dan berfikir.......Kenapa Allah memberi rezeki anak yang terlalu ramai untuk orang yang miskin dan tidak mampu seperti 'siibu' itu, kenapa aku yang lebih dari mampu ini tidak dapat mengandungkan zuriat sendiri, harta yang melimpah ruah (banyak ker?) ini tiada pewarisnya. Berbaik sangka dengan Allah adalah semoleknya, mungkin aku diberi peluang oleh Allah untuk membantu ibu itu, meringankan bebannya, membuat pahala dengan membantu orang, ya lah ....kalau ikutkan maklumat Ali, kemungkinan anak-anaknya tidak akan mampu bersekolah kiranya dipelihara, hanya ada 2 anak dengannya, yang lain bekas suami lama yang ambil, mak mertua pelihara, kakak ipar ambil seorang (juga sebagai anak angkat) dan yang ini pun kakak iparnya juga mahukan....Kesiannya.....semua anak-anak dipelihara orang....
Hanya satu....azamku pada diri sendiri, perbetulkan niat kerana Allah Taala jua adanya...niat ingin membantu golongan miskin.....niat yang baik InsyaAllah dipermudahkan urusan.....Tekadkan hati, tempuhi cabaran.....berteleku sejenak mengenangkan inikah akhirnya hidup yang terpaksa aku lalui, tidak semudah orang lain... (Ini sahaja jalan yang ada pun)....setelah semua usaha menemui jalan buntu....Biarlah, kuasa Allah siapapun tidak mampu menyangkal.....Terima lah seadanya, Redha dengan ketentuan Ilahi.

Satu lagi persoalan yang bermain dibenak...Apakah nanti penerimaan keluarga???? Terlupa sejenak tentang itu, keluarga aku sendiri kurang sedikit rasanya risau itu ....keluarga En.Asben bagaimana???? ayah dan ibunya yang becok itu bagaimana???? adik beradiknya yang ramai itu penerimaannya bagaimana????? Tunggu lah masa untuk berbincang.....Tunggu En.Asben memberi lampu hijau.....Mungki ada sinar yang diharap menanti...teringat sesuatu "pelangi tidak akan muncul kiranya tiada hujan sebelumya".....Betul kah??????

Khamis, 15 Disember 2011

....SUDAH SURATAN TAKDIR ......




Merenung wajah polos dan tenang yang senang enak dibuai mimpi....Mimpi entah apa...Terasa hangat dikelopak mata, betapa kasih dan kasihannya pada dia...menunggu dan mengharap entah bila di makbulkan....Terasa sebak, tercekik leher sendirian....Aku betul-betul tidak mampu sebenarnya, jika boleh tidak ingin melihat manusia sebaik itu kecewa dalam hidupnya.....Dia tiadak pernah meminta lebih dari sepatutnya, tidak pernah menyakiti hati sesiapun dengan sikapnya....Ahhhhhhh....entah mengapa fikiran terlalu kusut...menangis sendirian mengenangkan nasib diri, akukah yang terlalu pentingkan diri sendiri?????Perkataan 'anak angkat' bergema lagiiiii....

Rabu, 14 Disember 2011

.....BER APPOIMENT AGAIN.....

14.12.2012




Appoiment @Hospital Kemaman. First appoiment.....pepagi morning sibuk mencari parking kat hospital...biasalah...mana ada seawal gini, berebut dengan pekerja hospital.huh...jauhnya parking....usai memarking kereta nun dikejauhan centre point dengan memasukkan RM 1.00...Menapak ler kehospital....sesi memecahkan lemak yang mula menimbun...hehehhe....
Appomient 10.00 pagi...9.30 dah terpacak kat klinik pakar O & G....
Nampaknya tidak lah perlu menunggu lama....(hehehehehe)...11.30 pagi baru ler dapat jumpa Mr. Doc....panjang la pulak citernya....memang history aku sikit panjang...Nampaknya Doc punya suggestion suruh aku call HTAA semula...berappoient disana lebih senang sebab semua fail operation ada kat sana.....Alahai.....tiada apa yang dapat dilakukan disini...hanya sekiranya sakit...warded...dan Doc yang baik hati itu membekalkanku dengan 1 perskripsi Ponstan untuk 3 cycle.....huihhhhh...banyak tol ubat....

Memang sejarah kesihatanku 3 hari 3 malam agaknya kalau diceritakan....Doc pun pening kejap....
Segala urusan termasuk pengambilan ubat selesai around 12.30....Terpaksa menapak dalam panas terik dengan hati yang membara kerana disaman terlebih waktu parking.....Sedekah RM 5.00 kat MPK.....binawe tolllll....

Perkhabaran 'anak angkat' yang didengari sipi-sipi kini jelas....Mr Asben sedang merisik-risik untuk itu...sedang cuba menelefon siibu yang ingin mengangkatkan anaknya.
Persoalannya...????? sudah bersediakah aku dari segi mental dan fizikal untu semua itu????? Kekadang terfikir juga.....kalau difikir dari segi material emang ler mampu....Macamana kalau aku warded???? nak ditinggal dimana???? Adoiiiii.....Tapi memandangkan Mr Asben dah beria-ia...kesian la pulak....Camno???

Isnin, 12 Disember 2011

.....WARDED AGAIN.....




Kesakitan yang ku kira sakit perut biasa yang bakal hilang setelah ditungku dan menelan pil rupanya melarat.Ekoran demam yang tidak kebah-kebah hatta berkali-kali menelan ubat demam mnyebabkan hari ke-3 terpaksa jua ke klinik.....dan...hasil pemeriksaan Dr Rashid surat cadangan 'warded' dikeluarkan serta merta.....Apendix...????
Berkejar ke KMC alam itu juga untuk 'check in' di sana memandangkan keselesaan Along yang juga terpaksa dibawa bersama...anak saudara yang ingin menghabiskan cuti sekolahnya dirumahku.....Tiada kekosongan wad di KMC dan Specialist.....
Esoknya bergegas pula ke Hospital Kemaman...Unit Kecemasan. Apendix juga.... Alamak.....pastinya warded....memang kat sini sentiasa ler kosongnya bilik...huhuhuhu...
8.12.2011....Warded again at Hospital Kemaman....dengan rasminya....
berada dihospital bermaca-macam ragam dapat ditonton...yang sedih, yang pedih, yang lawak, yang menyakitkan ....semua ada....huh......
Melihat katil sebelah, seorang 'makcik'(ku kira) dengan anak lelakinya sebagai peneman....Rupanya makcik ini tidak mempunyai anak perempuan, Hampir sebulan di wad...pengidap kanser tahap kritikal yang membataskan pergerakannya....Kesian si anak...19 tahun, lelaki menjaga diwaktu siang dan si abang di waktu malam kerana bekerja siangnya....apa yang menyentuh hati dan membuatkan aku terpaksa menyeka air mata ialah kesetiaan si anak bedua melayan kerenah ibunya yang sakit dari pagi hingga ke malam....Hampir sebulan di hospital....kesian.....
Kemanjaan si anak yang mungkin kehausan kasih sayang ibu...Ayahnya????(mungkin tiada sebab sepanjang berada di sana tidak pernah pula kelihatan kelibatnya)

Ibu yang harapan sembuhnya setipis kulit bawang...Hanya mengharapkan si anak untuk menyuap dan jasa baik nurse untuk menyalin pampers dan mencuci luka....
Lantas aku berfikir sejenak, bagaimana jika tidak punyai anak macam aku??? siapa yang akan menunggu saat sakit begini??? Ya Allah minta dijauhkan penyakit yang kritikal begini, penyakit yang bersarang di dalam tubuhku kini pun tidak dapat ditanggung......Subhanallah...sesungguhnya dugaan dan ujian Allah itu datang dalam berbagai bentuk.....Terimanya dengan hati terbuka dan redha...InsyaAllah akan mendapat ganjaran pahala.....

Apendix yang disangka rupanya bukan.....jangkitan kuman dalam darah dan urin memaksa doktor memberikan antibiotik bermacam.....Rasanya mungkin angkara penyakit lama....cyst yang mula mengamuk....Tetapi bukan waktu 'kotor'....Hairan dan tertanya-tanya....Entahlah, apa yang penting sakitnya semakin hilang dan aku sudah boleh keluar......9.12.2011....7.00 malam , dengan selamat sejahteranya discaj ( dan dengan selambanya naik motor tanpa helmet untuk pulang ke Binjai) Nasib ler ... En. Asben tak bawak kereta la pulak......Hampeh ...

Ahad, 20 November 2011

CUTI DATANG LAGI.....

Cuti akhir tahun....18.11.2011 hingga 2.1.2011. Scedule kerja dalam cuti.....hari pertama basuh baju, hari kedua lipat baju...hari ke-3 kemas bilik 1, hari ke-4 kemas bilik 2, hari ke-5 kemas bilk 3, hari ke-6 kemas dapur, hari ke-7 kemas ruang tamu, hari ke-8  kemas halaman rumah.......Asyik kemas mengemas rumah jer ni...Apa ker hal????
Cadangnya nak 'check in' kat KMC....Bila????....Kalau tak sakit ni rasa bertanggh-tangguh pulak la nak operate tonsil ni.....Hmmmmm.....Tunggu lah dulu...masih belum sakit ni...hehehehe.....
Kemana cuti?? bercuti...Alahai...Cik Abang sayang tu susah nak tinggalkan kerja, tinggalkan plant, tinggalkan anak buah, huh....nak balik kampung pun belum tentu hendak....Rasa macam nak mengembara cuti-citi Malaysia sorang diri jekkkk....Apatah lagi dengan kerja-kerja yang masih menimbun ni....Alahaiiiii......Lupakan jerlah dengan nak bercuti ni....Tak der maknanya......

Rabu, 2 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....




Mencari erti sebuah pengorbanan sejati, moga mendapat kenikmatan hakiki.
Pengorbanan menghasilkan sesuatu yang indah....



Serasanya akan lebih banyak berada 'disana' sementelah korbannya seekor lembu, mungkin bersama aqiqah entah kepunyaan siapa, yang pastinya masa akan kehabisan disana kurang lebih 2 hari.....Alangkah....bosan dan cuak menerpa kedalam diri, kebanjiran anak-beranak, cucu-cicit, sepupu sepapat jauh dan dekat menghimpun seribu satu 'peel' dan perangai yang makin men'cuak'kan hati dan bakal memendekkan cuti yang diambil......kebanjiran manusia-manusia yang ingin dihindari sebenarnya.....Walau apa pun situasinya....BERKORBAN DEMI KEBAHAGIAAN ORANG LAIN MENEMPIASKAN SEDIKITNYA UNTUK KITA....MOGA..........
Jadi berkorban rasalah sedikit untuk membahagiakan yang tersayang......(nasihat selayaknya untuk diri sendiri)
SELAMAT BERKORBAN APA SAHAJA.....SEMOGA PENGORBANAN DITERIMA ALLAH.....