16.12.2011 (Jumaat)
Keterujaan, mungkin, selepas mengetahui ada seorang ibu yang ingin memberikan anak yang dikandungnya untuk dijadikan anak angkat.Dan selepas sebelumnya bertelefon dengan ibu tersebut, terpaksa diikutkan kemahuan untuk menjejaki kampung dipedalaman tersebut. Kampung Lubuk Lesung, tidak pernah pula ku dengar nama itu. Sekadar ronda-ronda di sana apa salahnya.....
Ahad....
Nampak sangat kesungguhannya.....berpamitan sebentar pulang dari kerja....berkejaran ke kampung tersebut,mencari rumah yang dimaksudkan,berjaya menemui ibu itu, kampung yang sememangnya jauh dari bandar....maklumat yang hampir lengkap hasil penyiasatan 2 orang sahabat, 1)Sememangnya kemiskinan yang menghalang mereka untuk membesarkan anak sendiri (rumah yang kecil dan buruk tanpa bekalan elektrik) 2) Suami mengizinkan (pernikahan sah maksudnya) 3)Ibu telah mempunyai anak yang ramai sebelumnya ( ada 2 yang masih kecil)
Bravooooo.....penyiasatan yang menghampiri lengkap ...laporan kepadaku....untuk mengesahkan maklumat terpaksa dicari Ali a.k.a tukang gunting yang bekerja berhampiran pasaraya.....Walaupun menjejaki mamat tersebut juga payah kerana telah berhenti kerja, namun keazaman yang kuat serta sikap ingin tahu plus naluri kepolisan yang menebal, Ali dapat dihubungi dan berjaya diajak bersembang diwarung Kampung Tebak.....pedalaman jua lah adanya, terpaksa lah aku menemani pak polisi ini menemui informernya kerana takut memandu seorang diri tatkala pertemuan itu bermula 10.30 adanya dan tamat hampir jam 12 malam....
Maklumat yang positif ku kira....semuanya menyebelahi kami, salasilah keturunan perlu jua diambil kira, tahap kesihatan ibu dan bapa (tidak mahu pula bapanya terlibat dengan gejala kurang sihat), dadah umpamanya.....(minta dijauhkan), dibimbangi nanti HIV menunggu....(nauzubillah)...Harap-harapnya si 'Ali' itu tidak mencanangkan keseluruh alam perihal ini....
Men'google' lagi maklumat yang diperlukan untuk memudahkan urusan ....kiranya masih berbaki 2 bulan kerana ibu itu mengandung 7 bulan sekarang....Apa persiapan yang perlu???? Perlukah menyusukan???? Siapa yang nak jaga nanti kerana aku bukannya dapat cuti bersalin 2 bulan pun.....
maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negeri perlu juga diketahui, maklumat penyususan ibu dan hormon apa yang perlu disuntik (itu boleh tanya doktor kiranya).......
Kekadang terdetik pertanyaan dibenak, pertanyaan yang tak berapa nak cerdik...pertanyaan yang boleh mengurangkan iman ku kira,...tapi nak jugak bertanya dan berfikir.......Kenapa Allah memberi rezeki anak yang terlalu ramai untuk orang yang miskin dan tidak mampu seperti 'siibu' itu, kenapa aku yang lebih dari mampu ini tidak dapat mengandungkan zuriat sendiri, harta yang melimpah ruah (banyak ker?) ini tiada pewarisnya. Berbaik sangka dengan Allah adalah semoleknya, mungkin aku diberi peluang oleh Allah untuk membantu ibu itu, meringankan bebannya, membuat pahala dengan membantu orang, ya lah ....kalau ikutkan maklumat Ali, kemungkinan anak-anaknya tidak akan mampu bersekolah kiranya dipelihara, hanya ada 2 anak dengannya, yang lain bekas suami lama yang ambil, mak mertua pelihara, kakak ipar ambil seorang (juga sebagai anak angkat) dan yang ini pun kakak iparnya juga mahukan....Kesiannya.....semua anak-anak dipelihara orang....
Hanya satu....azamku pada diri sendiri, perbetulkan niat kerana Allah Taala jua adanya...niat ingin membantu golongan miskin.....niat yang baik InsyaAllah dipermudahkan urusan.....Tekadkan hati, tempuhi cabaran.....berteleku sejenak mengenangkan inikah akhirnya hidup yang terpaksa aku lalui, tidak semudah orang lain... (Ini sahaja jalan yang ada pun)....setelah semua usaha menemui jalan buntu....Biarlah, kuasa Allah siapapun tidak mampu menyangkal.....Terima lah seadanya, Redha dengan ketentuan Ilahi.
Satu lagi persoalan yang bermain dibenak...Apakah nanti penerimaan keluarga???? Terlupa sejenak tentang itu, keluarga aku sendiri kurang sedikit rasanya risau itu ....keluarga En.Asben bagaimana???? ayah dan ibunya yang becok itu bagaimana???? adik beradiknya yang ramai itu penerimaannya bagaimana????? Tunggu lah masa untuk berbincang.....Tunggu En.Asben memberi lampu hijau.....Mungki ada sinar yang diharap menanti...teringat sesuatu "pelangi tidak akan muncul kiranya tiada hujan sebelumya".....Betul kah??????
JAM ANTIK
-
Yang kiri jam nikah.
Yang kanan jam 2 tahun selepas nikah.
Tapi yang aku nak cerita pasal jam belah kanan tu.
Teringat memori masa syarul bagi memang ter...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan