Jumaat 23.12.2011
Setelah sekian hari merisik khabar, menyiasat segala maklumat berkaitan, akhirnya kemenjadian juga berkunjung ke Lubuk Lesung untuk men'confirm'kan a.k.a memeteri perjanjian usahasama......(macam bisness pulak)...Teman setia merangkap 'kekasih' En.Asben beserta isterinya diundang bersama sebagai pelengkap acara peneman setia....Sedikit buah tangan untuk keluarga....berjanji,berbincang, mengambil kata sepakat kedua belah pihak...serasanya masalah kesihatan tidak timbul.....Buku pink menjadi saksi.... 3.3.2012 ..due date...selalunya kurang seminggu atau 2....itu kata siibu, berkali-kali mengesat kolam mata yang bergenang....Ia lah...kesukaran hidup terlihat jelas di rumahnya, alangkahh...alangkah dhaifnya.....
Terfikir sejenak....masih wujud lagi manusia yang terlalu dhaif begini di Malaysia, lebih dari peribumi Sabah dan Sarawak....Bekalan elektrik pun tiada, air paip bersih entah ada entahkan tidak......segan untuk bertanya....rumahnya (jika layak dipanggil rumah) ....sejujurnya layak dipanggil pondok...tiada mempunyai apa-apa perabot, kerusi, meja...hanya sebidang karpet yang lusuh dan rak pakaian.....bilik??? entah ada ker tidak...dapurnya berlubang di sana sini...... Masih wujud insan sedhaif ini di negeri Terengganu yang kaya raya dengan hasil minyak dan ladang-ladang ini......Ingin menyalahkan siapa, wakil rakyat ????....hah....peduli apa dengan rakyat miskin...begitu agaknya JKK dan wakil rakyat berkata.....Entahlah....di ladang kelapa sawit yang jauh dari rumah orang beserta 2 anak yang berumur 4 dan 6 tahun (yang pastinya tidak pernah ke Tadika), dengan rumah yang berlubang dan tidak bertutup secara total.....dengan ketiadaan elektrik.....Huiiiii....seram...dekelilingi semak samun dan ladang sawit, macamana hidupnya....Usahkan televisyen, peti sejuk, mesin basuh, periuk elektrik, oven....mahu mengecas hand phone pun berjalan kerumah jiran menumpang cas.....Siksanya hidup didunia....Tidak dapat ku bayangkan hidup sehari tanpa elektrik....huiiiii...panas, sesak nafas...tidur tanpa aircond.....Adoiiiiii ....siksa, sehari tanpa laptop dan TV.....Alahaiiiii.....bosan......
Suaminya....10 tahun muda dari siibu.....diulangi 10 tahun....siibu 37 dan siayah 27....Macamana boleh 'terkahwin' opppppssss 'ternikah' agaknya????? pilihan siapa??? saranan ibu bapa, siayah memang jelas tiada kredibiliti menjadi bapa, budak sesangat.....patut la tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai bapa....Ini anak sulung hasil perkahwinan dengan bapa baru ini.....sebelumnya 9 orang dengan bapa lain....
Selesai mengikat janji berpamitan seadanya...Sejujurnya aku sedih melihat kehidupan manusia yang diabaikan sepertinya, hanya menumpang dipenjuru dunia......dipinggirkan....Tidakkah ada bantuan dari kerajaan untuk insan sepertinya???? Dimanakah JKK dan YB yang mereka pangkah semasa PRU dahulu??? Rumah PPRT contohnya layak diberikan.....Apa sudah jadi dengan duit zakat kita dan duit hasil yang ku bayar setiap tahun..???? beribu-ribu pulak tu.....
Mungkin Allah mengutuskan aku dan En. Asben untuk 'menyelamatkan' keadaan...menyelamatkan seorang anak dari hilang haknya untuk mendapat yang terbaik dalam hidupnya, mendapat pendidikan....Mungkin....???? Siapa tahu rahsia yang Allah aturkan kedalam hidup hambaNya...perjalanan yang ditentukan......Perlu....amat perlu berbincang dengan mak bonda untuk menjadi ibu asuhan....sekembali dari hospital bersama anak ini nanti...Mahukah mak bonda ambe ini????? ..Mudah rasanya dipujuk...InsyaAllah.....segalanya akan dipermudahkan Allah urusan ini.....Hati berbunga riang disulami bimbang dan risau bergayut ditangkai hati.....MAMPUKAH menggalas tanggungjawab dan amanah ini nanti...????? Ya Allah....permudahkan segala urusan......
JAM ANTIK
-
Yang kiri jam nikah.
Yang kanan jam 2 tahun selepas nikah.
Tapi yang aku nak cerita pasal jam belah kanan tu.
Teringat memori masa syarul bagi memang ter...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan