Jumaat, 8 Mac 2013

2013 - ENTRI PERTAMA



Terlalu lama rupanya menghilang diri, menyepikan diri dari dunia penulisan blog, kian bersawang .... rupanya masih ada pengunjung sudi menjengok di sini...Terima kasih, biarpun tuan empunya diri sudah kehilangan semangat dan kudrat untuk meng'update' cerita terbaru....Sebenarnya tiada apa yang baru dan menarik untuk dikongsi, masih jua menanti, masih jua berdua..... Tiada apa yang berubah....hanya usia yang kian meningkat.....
Tahun baru ... tiada azam yang diimpikan, tiada yang dinantikan, tiada yang diharapkan...... Hati sedikit walang mendengar khabar gembira adik yang baru berkahwin akan menimang cahaya mata....sedikit cemburu kot.... La Tahzan

1 ulasan:

  1. Salam.. Terbaca nukilan yg ditulis di blog ini.. Dr. <urad, Dr. Rozaman, Azantee, Siti, B, Kak Ina O&Q Jalan Hospital, UIA Indera Mahkota serta ubat-ubatan adalah sebahagian dari hudup saya juga pada suatu masa dahulu.. Saya juga mengalami peristiwa yang sama saya faham perasaan yg puan alami... Percayalah perancangan Allah adalah yang terbaik untuk umatnya...

    BalasPadam