Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA

26.11.2009 ( KHAMIS )

Esok hari raya? Alahai...malas rasanya hendak pulang ke kampung...beraya kat kampung...Menghadapi keluarga abang...Menghadapi adik abang yang semakin tidak aku sukai mulutnya itu....Sering meluahkan perkataan yang mengguris hatiku yang 'sesitive' ini...Melihat anaknya, semakin menimbulkan rasa 'cuak' dihatiku....Akukah yang berperasaan aneh? Apatah lagi keluarga abang baru sahaja menyambut seorang lagi 'ahli baru',....belum pun aku lihat wajahnya....Cemburukah aku? Entahlah..Tetapi perasaan ini sukar dihindari....Emak abang? Kekadang aku yang terasa sendiri...

Namun, mengingatkan keluargaku...aku rindu sendiri....Ibu belum mengetahui keadaanku...kegagalan ku untuk mengandung buat kesekian kalinya...Malang sungguh anakmu ini ibu....gagal memberikan cucu buat ibu, gagal memberikan zuriat buat suamiku...

Ibadah korban...berkorban dengan hati yang ikhlas....Selamat berkorban...semoga pengorbanan diterima Allah....Pengorbanan ku?

USAHA LAGI...JANGAN PUTUS ASA....

Aku sering mengucapkan kata-kata semangat itu untuk diriku sendiri...sebagai penguat semangat...Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNya...Setiap ujian Allah itu adalah untuk meningkatkan keimanan sekiranya kita bersabar..ada ganjaran yang besar dari Allah...Mungkin Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik dan berharga dari apa yang telah hilang itu...Moga-moga.. InsyaAllah...

Apa pun aku akan cuba untuk 'think positive'..pandang kehadapan...belajar lah menghargai apa yang telah Allah kurniakan kepadaku...Belajar mensyukuri nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya....Alhamdulillah....Syukur..Aku masih mempunyai keinsafan sebegini...

Jika tidak ...lama dahulu...tatkala menerima perkhabaran doktor tentang kematian bayi yang belum sempat aku melihat wajahnya...mungkin aku hilang kewarasan akal...sekiranya tidak mengingati Allah....Selepas itu menerima perkhabaran kematian 'orang kananku' yang banyak memberi kekuatan...Nenek tercinta....Kehilangan demi kehilangan dalam waktu yang singkat....Aduh...Inikah dugaan?
Dugaan besar apakah lagi yang Allah tentukan untukku?

Ya Allah...kuatkan semangatku menghadapu ujian dari Mu...Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah...

Isnin, 23 November 2009

SUDAH SURATAN TAKDIR

21.11.2009 ( SABTU )

Confirm...sudah terang lagi bersuluh...Aku cuma menunggu dan berharap agar keputusan ujian darah itu tidak tepat memandangkan period belum juga datang...tetapi memang sudah ditakdirkan...sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa embrio yang ditransfer ke rahimku tidak akan menjadi manusia....Itulah janji Allah....sudah termaktub begitu...Siapalah aku untuk menentang ketentuan Ilahi? Yang aku punyai hanya doa...doa...doa...dan usaha seadanya...Aku pasrah..
Hari ini segalanya musnah...Memang period biasa....bukan implan, bukan apa-apa lagi...

Tetapi betapa sukarnya untuk menerangkan segala kekecewaan ini kepada suamiku...Mungkin dia memahami...tetapi sengaja dipendamkan.Aku dapat merasai kekecewaannya walaupun cuba disembunyikan...Begitu jua aku...menangis sendirian...tidak menunjukkan kelemahanku dihadapannya....Memang, aku rela meratap sendirian, namun tidak akan menunjukkan segala kerisauan,kekecewaan dan kesedihanku didepannya..tidak sekali-kali....Wahai hati...Tabahlah menghadapi ujian...Ya Allah kuatkan hati dan keimananku....Kuatkan iman suamiku menghadapi ujian Mu ini ya Allah...

Khamis, 19 November 2009

APALAH MALANGNYA NASIB....

19.11.2009 (Khamis)

Baru aje semalam happy selepas Dr. Roszaman scan tak ada apa-apa yang membimbangkan, result darah belum dapat....walaupun ujian urine yang dibuat semalam menunjukkan negatif, tetapi masih ada peluang lagi kot....Harapnya

3.30 pm....Call dari Hayati nurse dari IVF Centre amat mendukacitakan....result darah juga menunjukkan negatif...alahai....punah segala harapan....cuma period je tak datang lagi.....Sah, darah yang keluar sedikit tu adalah darah period...bukan implan.....Aku masih termangu memikirkan cara terbaik untuk memberitahu 'Abang'....Frustnya....
Appoiment dengan Dr Roszaman masih belum aku batalkan.....Sekiranya masih berpeluang akan cuba juga bulan ini....kan belum period sepenuhnya lagi....masih ada peluang untuk cucuk ubat.... Hayati cakap mungkin period lambat....harap-harap sempat....cuba lagi....Terbang lagi lah RM 8 - 9 ribu....Nasib lah....Nak dapat sorang pun susah...oh anakku...

Selasa, 17 November 2009

KEBIMBANGAN MULA BERTAPAK DI HATI

17.11.2009 (SELASA)
Esok akan ke Pantai Lab, buat ujian darah...2.40 ptg,embiologyst Azanti call semasa aku sedang mesyuarat...mengingatkan tentang ujian esok....belum period? aku pun lupa nak tanya...adakah sama keadaan semasa buat iui dengan ivf ini? Kalau tak jadi, gugur sebagai darah haid? Azanti menerangkan kalau darah sedikit je, terus buat juga ujian darah, nak pastikan sebab kekadang berlaku juga keluar darah sewaktu mula-mula pregnant...

5.30 petang...betul ke apa Azanti cakap ni...aku bleeding...tapi sedikit je..period ke apa aku pun tak pasti....alamak...nak solat macamana ni? was-was la pulak...tunggu la dulu, kot-kot period betul...sure frust abang kalau aku cakap...

6.00 ptg...baru teringat yang Dr Murad akan menaiki penerbangan ke Mekah 20.11.2009 ni...terus sms mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji buat Dr Murad..semoga mendapat haji yang mabrur...

Aku....menanti dalam kesamaran..Azan Maghrib mula berkumandang....solat ke tidak ni? Alahai...

Sabtu, 14 November 2009

PENANTIAN SUATU PENYIKSAAN

14.11.2009 ( Sabtu )

Penantian yang amat panjang, setiap detik seperti bertahun lamanya...3 minggu ini terpaksa mengawal segala pergerakan, berjalan laju tak boleh, makan terpaksa pantang, mengangkat berat tak boleh hatta menaiki tangga pun berhati-hati, seperti baru lepas bersalin la pulak. Lamanya untuk mengetahui keputusan.... ujian darah akan diadakan pada 18.11.2009, tinggl 4 hari lagi... appoiment dengan Dr. Murad 23.11.2009....positif atau sebaliknya...harap-harap ada berita gembira yang akan menyinari hidup kami 2010 nanti...Penantian memang meresahkan....Sabar

Ahad, 1 November 2009

ALHAMDULILLAH...SELESAI SUDAH

Dah lama tak up-date blog.
26.10.2009 (ISNIN)

Alhamdulillah...selesai juga akhirnya, dengan segala kesabaran dan kepayahan telah dapat aku harungi.... 2 embrio telah selamat dimasukkan...syukur kepada Allah, tiada apa-apa yang berlaku...m.c doktor Murad bagi seminggu...result 3 minggu dari sekarang...kena rehat banyak-banyak dan jauhkan kerja berat...Nasib baik mak datang menemani aku sepanjang cuti ini....kerja-kerja rumah terpaksa mak yang buat...nasib la mak ooi, dapat anak yang berpenyakit...Kena lah berpantang makan dan buat kerja ringan je...siapa lagi yang hendak diharapkan, mak cuma datang 6 hari je....abang tersayang la terpaksa berkorban membasuh kain dan memasak..pandai ke?
Cadangya..kalau positif, aku akan bercuti panjang, cuti tanpa gaji, tengoklah macamana dulu...