Sabtu, 26 Jun 2010

3 RD LUCTRIN...

24.6.2010 (Khamis)

Suntikan Luctrin kali ke-3....diambil pada jam 9.30 pm....Dr. Zainab bagaikan menjadi doktor peribadi aku sendiri...setiap bulan mengambil suntikan di sini...Usai di klinik Zainab...lega, hanya tinggal satu suntikan untuk melengkapkan cycle ini.....Temujanji Di HTAA terpaksa ditangguhkan akibat keterujaan sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar untuk bercuti ke Langkawi 26-30 Julai....3.8.2010 tarikh baru appoiment...huh...apalah nasib...kusengaja bertanya Dr.Zainab tentang keratan sisa benang operation yang masih berbaki tertinggal diabdoment...nasib baik tidak efek apa2...so tak payah lah dibuang...

Bersiap sedia untuk IVF akan datang..selepas raya mungkin...dari segi mental, fizikal dan tentunya kewangan...Memerlukan hampir 15 k....Itu belum dikira dengan yang sebelumnya...IVF kali ke-3....Harap-harapnya tiada lagi halangan dari cyst yang mengganggu....Harapan ?H......? berjayakah sahabat senasib denganku itu....DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) kosnya berpatutan, hanya 8 k lebih kurang...Ahh...hanya UIA yang mampu aku kunjungi...berserah dan percaya kepada kepakaran Dr.Murad dan Dr Roszaman....Sesiapapun yang merawat hanya Allah yang Maha Memberi....Cuma tekadkan azam...Usaha....usaha...usaha jangan berhenti berharap....LA TAHZAN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan