Sabtu, 3 April 2010

SUDAH SURATAN TAKDIR.....

1.4.2010 (KHAMIS)
Appoiment dengan Dr. Roszaman seawal 8.00 pg...untuk confirmkan cyst yang kian membesar...8x5 cm...bulan 2 hari tu scan 6 cm je...Aduh, subur betul....Terpaksa dioperate segera...yang lebih mengejutkan tiub fallopio didapati membengkak...Mungkin itulah penyebab kesakitan yang berpanjangan bulan lepas....hampir 3 minggu selepas period masih sakit.....Kalau serius, terpaksa dipotong... Potong?

Hah...apa yang hendak dikata lagi? Hanya keluhan nafas panjang yang mampu aku lepaskan dihadapan Dr. Roszaman....Apa lagi...Dr memberikan surat arahan masuk wad, 19 hb 4 'check in' kat HTAA seawal 8 pagi...21 hb 4..mula operate..Walaupun ini kali yang ke 3 aku akan memasuki dewan bedah, tetap juga mendebarkan...Mungkin hanya ini sahaja cara yang ada....Sudah tersurat begitu...

Yang penting kerja yang perlu diselesaikan bulan 5 dan 6 terpaksa disegerakan, perancangan, kertas kerja, data dan segala yang berkaitan dengan pengurusan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan