Isnin, 28 September 2009

KESAKITAN ITU PENGHAPUS DOSA

Semalam ok je..dapat gak ke sekolah walaupun demam. Sempat lagi balik dari sekolah mengemas rumah dan memasak. Petang terasa demam makin melarat.Terus ke klinik panel perwaja.Manalah tahu selesema ni kian parah.m.c 2 hari, bukan apa takut pulak berjangkit kat budak-budak di sekolah..cubaan dan dugaan dari Allah...sabar

Ahad, 27 September 2009


GAMBAR RAYA 2009



AYAHNDA DAN BONDA TERCINTA




GAMBAR KENANGAN KELUARGA DI HARI RAYA

GAMBAR HARI RAYA 20.9.2009




KENANGAN DENGAN SUAMI TERCINTA DI PAGI RAYA





SARMILA (ADIK) DAN FAMILY

MILA DAN SUAMI

GAMBAR HARI RAYA 20.9.2009



GAMBAR KELUARGA SEBELAH MERTUA

GAMBAR KELUARA SENDIRI DI HARI RAYA. TEMA TAHUN INI PINK COLOUR




MENGAMBIL KESEMPATAN BERGAMBAR DI TEPI PANTAI KETIKA MENZIARAHI EMAK SAUDARA SEBELAH AYAH DI KUALA BESUT

Sabtu, 26 September 2009

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN



Balik kampung 17.9.09 11.30 pm
Setelah seminggu beraya kat kampung.. kini kembali ke kemaman 25.9.09 11.30 pm. Selamat tinggal kampung halamanku, selamat tinggal ayah dan ibu, selamat tinggal adik-adik ku. Moga jumpa lagi kiranya panjang umur. Sebelum pulang singgah menziarahi pusara nenek dan anakku.Telah terlalu lama kuburan ini tidak aku singgahi. Tanda aku masih mengingati mereka yang telah tiada, walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku tidak ingin menumpahkan air mata di pusara ini. Cuba jua menyembunyikan dari pengetahuan suamiku...Entah mengapa sejak bertahun dahulu kepedihan ini masih terasa sama peritnya biarpun telah terlalu lama berlalu. Al-Fatihah buat nenek tercinta. Di sini jua cicitmu berada walau aku tak sempat memeluknya...Airmata yang cuba ku sembunyikan mengalir jua...

Esok sekolah di buka semula...Terasa cepat masa berlaluj, demam lah pulak.. letih sangat kot...penat memasak, penat melayan tetamu. Ke rumah terbuka M.lah 2.30 pm. Nasib baik ada makanan lagi..

Sabtu, 27 Jun 2009

BERJAYA JUGA AKHIRNYA !!!

27 JUN 2009

TAHNIAH !!! Buat diri sendiri kerana berjaya mengharungi badai yang bergelora..kini sudah berakhir.. Tahniah dan terima kasih kepadapun rakan seperjuangan kerana kerja keras kalian dalam menjayakan MPK 2009, walaupun terdapat banyak kelemahan sepanjang aktiviti berlangsung. Tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya menunjukkan kepada dunia yang kita bersepakat.

MINGGU PENUH KESIBUKAN

22 JUN 2009
MINGGU PENDIDIKAN KHAS

Memulakan tugas dengan penuh rasa kepenatan. Kesibukan yang melampau dengan pelbagai aktiviti sehinggakan kesakitan hampir tidak terasa. Aktiviti terlalu padat..terpaksa memaksa diri untuk berjuang dalam keadaan kesakitan. Demi tugas yang diamanahkan.. Siapakah yang mengerti?

MINGGU YANG MENCABAR

18 JUN 2009
CYST ASPIRATION- Ini kali yang ke-3 cyst aspiration..
bila lah nak hilang cyst yang mengganggu ini...terpaksa m.c lagi..18 jun hingga 21 jun.Sabarlah