Sabtu, 26 September 2009

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN



Balik kampung 17.9.09 11.30 pm
Setelah seminggu beraya kat kampung.. kini kembali ke kemaman 25.9.09 11.30 pm. Selamat tinggal kampung halamanku, selamat tinggal ayah dan ibu, selamat tinggal adik-adik ku. Moga jumpa lagi kiranya panjang umur. Sebelum pulang singgah menziarahi pusara nenek dan anakku.Telah terlalu lama kuburan ini tidak aku singgahi. Tanda aku masih mengingati mereka yang telah tiada, walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku tidak ingin menumpahkan air mata di pusara ini. Cuba jua menyembunyikan dari pengetahuan suamiku...Entah mengapa sejak bertahun dahulu kepedihan ini masih terasa sama peritnya biarpun telah terlalu lama berlalu. Al-Fatihah buat nenek tercinta. Di sini jua cicitmu berada walau aku tak sempat memeluknya...Airmata yang cuba ku sembunyikan mengalir jua...

Esok sekolah di buka semula...Terasa cepat masa berlaluj, demam lah pulak.. letih sangat kot...penat memasak, penat melayan tetamu. Ke rumah terbuka M.lah 2.30 pm. Nasib baik ada makanan lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan