Sabtu, 10 September 2011

WAD 4, HOSPITAL KEMAMAN


Catatan pertama selepas raya...
Raya yang tidak bererti apa-apa....hanya ada kepiluan, hanya ada kesinisan....cuba buangkan sejauh-jauhnya rasa yang menghiris hati dek kelantangan mulut...

Bermulanya kerja....bermulanya juga kesakitan yang menyengat dipinggang.....adehhhhhh.......Ku ingatkan pil tahan sakit dan suntikan  memadai...rupanya sakit kian menggalak....pepagi morning hari yang seterusnya terpaksa ke Emergency Room....apendix???? telahan awal Dr. diE.R....maybeee...
Warded....untuk check apa yang menyerang.....anggukan yang terpaksa menyebabkan aku disorongkan ke wad 4......Diagnosis menunjukkan bukan apendix dan bukan juga batu karang.... Serasanya sakit lama menyerang kembali......ENDOMETRIOSIS......bagai berhantu penyakit ini denganku....

Diagnosis terakhir oleh O & G...terpaksa disorong ke Dewan Bersalin untuk TVS....Dr. sakit puan tidak dapat menemukan apa-apa yang membimbangkan.....cyst????
Penantian di bilik bersalin menyaksikan bagaimana ibu-ibu sedang menungu untuk ke Labour Room.....Alangkah bertuahnya mereka, terdetik begitu dihati
Seketika disaat nurse cemas, terlihat kelibat seorang lelaki, dengan cemas dan mengurut dada....
Beberapa detik kemudian, terdengar tangisan seorang ibu,tangisan kesakitan, lantas diikuti tangisan pertama seorang bayi kecil.....

Sesungguhnya jika diberi pilihan, aku tidak ingin melihat dan mendengar semua ini.......
Saat azan dilaungkan oleh si bapa....semestinya anak lelaki....sayu mendengar azan.....Pengalaman yang entah kan tidak dapat dirasai oleh aku dan suamiku.....
Tik.......airmta menitik ...setitis..cepat diseka agar tidak diketahui orang lain....Azan yang saup-sayup itu telah berhenti....Hanya aku yang belum berhenti berfikir.....Berfikir apakah aku akan punya anak ??? berfikir apakah suamiku akan melaui saat-saat manis mengazankan bayi kami???? Berfikir ...alangkah bertuahnya seorang wanita yang melalui saat-saat indah ini dalam hidup mereka...Sesaat, menggosok-gosok perut sendiri, perut yang tidak mampu melahirkan seorang pun zuriat ke dunia ini, buat suamiku....... Berfikir apa lagi jalan yang ada di depan untuk ditempuhi, apa lagi cara terbaik untuk mendapatkan zuriat sendiri......Terlupa sekejap akan kesakitan yang menyengat....
Kenapa hanya aku yang 'dilpilih' untuk menghadapi ujian Allah ini???? Berfikir dan berfikir....lagi dan lagi....Hanya penyelesaiannya tiada.......kosong...sekosong fikiran ku selepas itu....Aku ingin berehat....
Seketika disorongkan ke wad.....ingin membuang segala yang dilihat dan didengar.....hanya memedihkan hati dan menyakitkan jiwa....cuba bergembira dalam hidup.....Mampukah????? Allahuakbar........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan