1 Mac 2010
Lawatan yang dijangka menggembirakan kini bertukar duka, apa tidaknya, rancangan untuk melawat cuma sempat hari ke-2. Mulanya aku sendiri tidak mengerti mengapa tiba-tiba sahaja kesakitan yang menyengat, menyucuk kian parah, tersalah makan, tidak mungkin, orang lain sihat je....Keadaan cemas dan tidak terkawal...sudahnya mengambil teksi ke klinik terdekat.Itupun terpaksa dipapah oleh kawan-kawan....Alahai,menyusahkan betul...Nasib lah....Doktor hanya bagi ubat dan cucuk ubat tahan sakit...Lega kejap..
Balik ke hotel, kesakitan sekitar abdomen semakin kuat, tiada tanda akan berkurang....ubat dah tak berkesan lagi....Semakin membimbangkan...Esok rombongan akan ke Pasir Mas dan Rantau Panjang serta terus balik ke Kemaman, mampu kah aku bertahan di atas bas...fikir punya fikir...telefon family kat kampung....Terpaksa berehat kat kampung...Emak dapat jaga...Saat-saat sakit begini memang ibu lah nurse yang paling baik dan paling diperlukan....Syahdu rasanya.
Rasanya malam aku mula balik emak memang tidak dapat melelapkan mata dengan baik...terpaksa tidur dengan emak dan ayah...sekejap-sekejap emak menyapu minyak panas untuk melegakan sakit yang kian menyucuk ini....ditemani ayah dengan setianya...Itulah pengorbanan yang paling aku ingati sejak dulu sekiranya aku sakit....Mereka dengan setianya akan merawat sehingga berjaga malam, mengalahkan nerse kat hospital....Seperti semasa aku masih bayi....Dari kecil hingga dewasa menyusahkan aje aku ini...
Esoknya Selasa 2 Mac 2010...Sakit masih belum berkurangan, hanya bertahan....Malamnya terpaksa ke klinik lagi...Rombongan Cik Kiah sudah pulang ke Kemaman pun. Aku aje yang tak dapat pulang...Siapa sangka...walaupun tidak terniat pun untuk balik ke kampung sempena lawatan ini,akhirnya aku tersadai kat kampung, dalam kesakitan...
Rupanya cyst yang kian membesar dirahimku kini kian 'mengganas', sudah lama semenjak operate dahulu kesakitan semasa period semakin hilang, kini datang kembali....Aduh...kalau difikirkan sakitnya, mahu sahaja aku minta doktor operate hari ini....lebih dari sakit bersalin...Emak lah yang sedia bertungku, memasak makanan orang berpantang dan menyapu minyak angin, berstokin.....Mungkin ini senggugut angin, kata emak...Mungkin...Walau apa pun namanya...yang pasti sakitnya hanya Allah yang tahu...
Jumaat...Risau untuk pulang ke Kemaman...kot-kot la sakit semasa di dalam kereta nanti...Dah la menumpang kereta adik ipar yang balik bercuti...Abang memang tak dapat cuti....Setelah bertungku, aku rasa semakin sihat, perut sudah kurang memulas dan berangin....Berdoa dan berharap agar selamat sampai....Alhamdulillah selamat walaupun sakitnya masih terasa sedikit....Rasa serik untuk datang bulan....Bagaimana bulan depan? Sakit sebegini atau semakin kuat? cyst yang aku bimbangi itu kian membesar agaknya....Inikah dugaan untukku?
JAM ANTIK
-
Yang kiri jam nikah.
Yang kanan jam 2 tahun selepas nikah.
Tapi yang aku nak cerita pasal jam belah kanan tu.
Teringat memori masa syarul bagi memang ter...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan