Rabu, 24 Mac 2010

MIMPI APA SEMALAM?

Entah apa yang dimimpikan oleh 'my hubby'.....Angin tak ada, ribut pun tak ada...tiba-tiba je merancang untuk bercuti....holiday? honey moon? yang ke berapa  kali? Dah lah tergesa-gesa....suprise katanya....Cameroon highland?...seronok tu...Siap dah booking apartment untuk menginap....Wow betul-betul suprise ni.....Nak pergi dengan adik ipar...Jannah dan Pendi.....tungguuuuuu....

Khamis, 18 Mac 2010

KENANGAN LAMA MENGGAMIT PERASAAN....

Hari ini sedang aku merayau-rayau kat siber, meninjau-ninjau kat facebook, terjumpa rakan-rakan lama semasa belajar kat Uni. Malaya dulu....terus pm untuk chat...Hah...siap aku bawa keluar album yang lama tersimpan kat almari...dah berhabuk,...nama ingat, tapi muka kawan lama ni sukar sikit nak ingat...Rupanya ramai gak kawan aku yang masih ingat kat aku ni....Ramai gak yang tercari-cari kawan lama yang terputus hubungan....Tahniah Barizah...kahwin jugak dengan Ismail Sanip...ingat gossip je dulu...dah berderet pun anak...Yang baru habis buat Master...yang masih single tak tahu lah pulak....Apa pun sentimental sekejap....Mengimbau kenangan lama.....fb ni ada faedahnya jugak......

Isnin, 15 Mac 2010

SEANDAINYA MALANG ITU BERBAU.....

12.3.2010
Pulang ke kampung dengan adik-adik, cuti sekolah yang baru bemula membolehkan otak rileks dari tekanan kerja setelah seminggu sibuk dengan tugasan sukan....Kebetulan Ayah mengadakan majlis Maulidur Rasul kat rumah.....Sukar dipercayai.....Aku yang masih kurang sihat ini 'terjelepuk' jatuh dari kerusi yang patah. Bagai nangka busuk....Kesakitan yang menyengat kat tulang punggung dan tulang belakang akibat jatuhan itu amat membimbangkan aku....Nak x-ray kat hospital? kot la ada tulang yang patah ke, retak ke, aduh....Harapnya tidak...Dah le kat perut masih sakit akibat cyst yang kian membesar, kat belakang pulak yang menyengat sakit tulang pinggul dan tulang belakang.....Terpaksa juga pulang ke Kemaman, nasib baik ada driver tambahan...Kalau tidak sakitnya rasa drive sendiri 5 jam....Kiranya malang itu dapat dihidu baunya....Tak le aku menderita begini......Sudah suratan, ada hikmah disebaliknya kot......Harapnya sakit ini tidak melarat....

MINGGU YANG MELETIHKAN




Sabtu, 6 Mac 2010

INILAH KETENTUAN-NYA

1 Mac 2010

Lawatan yang dijangka menggembirakan kini bertukar duka, apa tidaknya, rancangan untuk melawat cuma sempat hari ke-2. Mulanya aku sendiri tidak mengerti mengapa tiba-tiba sahaja kesakitan yang menyengat, menyucuk kian parah, tersalah makan, tidak mungkin, orang lain sihat je....Keadaan cemas dan tidak terkawal...sudahnya mengambil teksi ke klinik terdekat.Itupun terpaksa dipapah oleh kawan-kawan....Alahai,menyusahkan betul...Nasib lah....Doktor hanya bagi ubat dan cucuk ubat tahan sakit...Lega kejap..

Balik ke hotel, kesakitan sekitar abdomen semakin kuat, tiada tanda akan berkurang....ubat dah tak berkesan lagi....Semakin membimbangkan...Esok rombongan akan ke Pasir Mas dan Rantau Panjang serta terus balik ke Kemaman, mampu kah aku bertahan di atas bas...fikir punya fikir...telefon family kat kampung....Terpaksa berehat kat kampung...Emak dapat jaga...Saat-saat sakit begini memang ibu lah nurse yang paling baik dan paling diperlukan....Syahdu rasanya.

Rasanya malam aku mula balik emak memang tidak dapat melelapkan mata dengan baik...terpaksa tidur dengan emak dan ayah...sekejap-sekejap emak menyapu minyak panas untuk melegakan sakit yang kian menyucuk ini....ditemani ayah dengan setianya...Itulah pengorbanan yang paling aku ingati sejak dulu sekiranya aku sakit....Mereka dengan setianya akan merawat sehingga berjaga malam, mengalahkan nerse kat hospital....Seperti semasa aku masih bayi....Dari kecil hingga dewasa menyusahkan aje aku ini...

Esoknya Selasa 2 Mac 2010...Sakit masih belum berkurangan, hanya bertahan....Malamnya terpaksa ke klinik lagi...Rombongan Cik Kiah sudah pulang ke Kemaman pun. Aku aje yang tak dapat pulang...Siapa sangka...walaupun tidak terniat pun untuk balik ke kampung sempena lawatan ini,akhirnya aku tersadai kat kampung, dalam kesakitan...

Rupanya cyst yang kian membesar dirahimku kini kian 'mengganas', sudah lama semenjak operate dahulu kesakitan semasa period semakin hilang, kini datang kembali....Aduh...kalau difikirkan sakitnya, mahu sahaja aku minta doktor operate hari ini....lebih dari sakit bersalin...Emak lah yang sedia bertungku, memasak makanan orang berpantang dan menyapu minyak angin, berstokin.....Mungkin ini senggugut angin, kata emak...Mungkin...Walau apa pun namanya...yang pasti sakitnya hanya Allah yang tahu...

Jumaat...Risau untuk pulang ke Kemaman...kot-kot la sakit semasa di dalam kereta nanti...Dah la menumpang kereta adik ipar yang balik bercuti...Abang memang tak dapat cuti....Setelah bertungku, aku rasa semakin sihat, perut sudah kurang memulas dan berangin....Berdoa dan berharap agar selamat sampai....Alhamdulillah selamat walaupun sakitnya masih terasa sedikit....Rasa serik untuk datang bulan....Bagaimana bulan depan? Sakit sebegini atau semakin kuat? cyst yang aku bimbangi itu kian membesar agaknya....Inikah dugaan untukku?