Rabu, 24 Februari 2010

OPERATION LAGI !!!

22.2.2010 (ISNIN)

Agaknya sudah beratus kali IVF Centre telah aku kunjungi...Discusion dengan doktor...Dr Roszaman dan Kak Norsina menerangkan tentang ovum yang tidak dapat disenyawakan....Apa lagi ikhtiar yang boleh dilakukan, apa lagi pilihan yang aku ada? Cadangan Dr Roszaman...pembedahan laparoskopik....di Putrajaya pulak tu...Termenung abang sekejap...Yalah...sapa yang nak jaga kat sana? Abang dah tentu kena kerja, shut down plan pulak tu....Cadangan Dr Murad, major operation tapi buat kat HTAA.....yang mana terbaik? Kalau nak dikira, dua-dua aku pernah buat. 2003 laparoskopik, tapi setahun kemudian cyst tu datang balik, 2005 laparotamy, major operate....panjang sejengkal....lambat sembuh, ada jangkitan kuman, dah pernah merasa azabnya menunggu saat betul-betul sembuh, berbulan berpantang.....Cyst tu tetap datang jugak.....Cyst aspiration 2008 - 2010 dah lima kali, cyst tu tetap datang balik.....

Ikhtiar apa lagi hendak dilakukan...? Rasanya kalau tak buat, mungkin IVF tak berjaya...Dilema sekejap...Setelah difikirkan, rasanya cadangan Dr Murad yang paling baik, walaupun risikonya tinggi, sakitnya...alahai usah di cakap la...proses penyembuhannya berbulan-bulan, pantangnya berbulan bahkan bertahun....Balik berpantang kat kampung lagi le jawabnya....Nekad, hanya itu pilihan yang aku ada,...Alahai susahnya nak dapatkan seorang anak permata hati....Kalau diikutkan hati....tak ingin menderita sakit...tapi memikirkan abang yang hendakkan zuriat sendiri,....Aku rela berkorban...Appoiment bulan Mac....operate bulan April kalau tak ada aral melintang.....Ku tetap panjatkan doa agar aku tetap tabah menghadapi ujian ini....Janji akan tetap ku kotakan untuk memberikan abang zuriat walaupun nyawaku menjadi taruhan....Moga pengorbanan ini membuahkan sesuatu yang manis....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan