Ahad, 3 Januari 2010

SELAMAT BERTUGAS 2010

3.1.2010 ( Ahad )

Selamat bertugas buat teman-teman pendidik SMKSI...Selamat bertugas dengan azam baru di tahun baru...pagi-pagi morning dikejutkan dengan berita sedih teman seperjuangan...'Cg Yati keguguran lagi".Tergamam aku sekejap...dah masuk 5 bulan kot dia pregnant...ini kali kedua...tahun lepas 5 bulan juga, meninggal di dalam perut.....Innalillahiwainnailaihirajiuun...Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali....
Allah hanya meminjamkan kita anak untuk dikandung selama 5 bulan sahaja...Bersabarlah banyak-banyak...InsyaAllah ada rezeki lain...Lagipun dah punya 2 anak perempuan....
Kiranya lebih beruntung berbanding dengan aku sendiri....Allah hanya meminjamkan anakku sekejap, selama 6 bulan sahaja...sehingga hari ini masih tiada pengganti...

Hairan... mimpiku 2, 3 malam lepas ditemani dengan anak kecil...perempuan seingat aku.Siapa? Anakku lelaki...Entahlah, walau hanya mainan tidur, ianya tetap membahagiakan....membekas di dalam hati...Alangkah bahagianya mempunyai sicomel yang semanis itu...masih baby...Angan-angan cuma.... Tersedar aku, termenung sejenak....Mungkin sekadar ingin 'meminjamkan'ku rasa keibuan.....Lantas ku usir air mata yang mula bergenang.....Astagfirullah....Sbhanallah.....Terima kasih ya Allah kerana 'meminjam'kan rasa itu walau hanya dalam mimpi....

Berita adik ipar ku yang baru berkahwin jun 2009 dah mula pregnant tidak ku khabarkan buat abang...biarlah...Rasa terkilan, rendah diri, sedih, cemburu, meluat,malu, marah, menyesal bercampur baur dalam diri...Kalu boleh ingin ku lari dari kenyataan pahit ini buat selama-lamanya....Hidup sendirian tanpa orang lain...Mana mungkin? Mendengar berita itu pu membuat hati terusik, apalagi bila pulang ke kampung nanti....
Adik ipar yang tinggal kat Kuala Lumpur akan bersalin awal tahun ini, akhir tahun adik ipar yang ini pula.... Tentu Mak mertua aku gembira sakan....2 orang cucu tahun ini....Aku? Hanya mampu menghitung hari...

Aku dapat bayangkan balik cuti raya tahun 2010 ini....Masing-masing ada baby....dah lah raya tahun ni kat rumah mertua...pulak orang lain ada anak kecil, pregnant, rasanya aku lah yang akan membuat kerja masak memasak ni....Nasib lah....Air mata yang sejak tadi ditahan mula mengalir lesu....Lemahnya aku.... Airmata pertama 2010.....

2 ulasan:

  1. assalammualaikom...

    sabar disebalik mendung akan ada hujan mencurah2 yang akan memberikan kita beribu faedah... tuhan tahu apa yang direncanakanya pasti ada hikmah tersembunyi untuk mengukurkeimanan... doa adalah senjata kita... semoga terus tabah...

    BalasPadam
  2. Anakkhas, InsyaAllah setakat ini masih sabar dan tabah..terima kasih atas nasihat yang berguna..

    BalasPadam