Rabu, 27 Januari 2010

APPOIMENT HTAA

26.12010 (SELASA)
Appoiment untuk memastikan cyst tidak lagi 'mengganggu'hidupku....Request untuk Puregon nak buat IVF lagi...Tak sabar menanti...Harap-harap lulus dengan baik...Puregon...awat la mahal sangat?

Rabu, 20 Januari 2010

'CYST ASPIRATION' LAGI

19.1.2010 (SELASA)

Cyst Aspiration kali ke -5
Panggilan telefon dari staff nurse Hayati UIA semalam membuatkan hati aku berdebar kencang. Cyst aspiration akan dilakukan esok pagi jam 10.00 am. Apasal baru nak cakap? Aku belum bersedia rasanya, tetapi terpaksa kerana untuk menunggu appoiment lain terlalu lambat....Abang terpaksa ambil cuti mengejut..

10.00 am : Ke bilik pendaftaran...UIA Jalan Hospital, Dr Murad ada di sana...Dr kelihatan kurus selepas balik dari Tanah suci..Dr Roszaman yang akan melakukan cyst aspiration. Setelah disuntik ubat tidur dan antibiotik aku terus lena...
Hayati cakap cyst yang disedut semakin kecil berbanding dengan semasa scan bulan 12 tahun lepas. Ya ke? patut lah kurang sakit masa operasi tadi...Teringat ubat yang dibeli dengan Umi hari tu...Sebab ubat itu ke makin kecil cyst? Alhamdilillah...semua selamat...Tunggu untuk IVF...jumpa Dr minggu depan...

Jumaat, 15 Januari 2010

TAHNIAH BUAT ANI !!!

16.1.2009 (JUMAAT)

SMS pagi yang menganggu tidurku pagi cuti ini...Ani selamat melahirkan baby girl seberat 3.3 kg pukul 4.00 pagi tadi...Tahniah Ani...Tetapi terpaksa dibedah...Tak apalah kedua-duanya selamat dan sihat...

Kawan-kawanku telah selamat melahirkan anak...aku? Masih menanti rezeki yang tak kunjung tiba...

Sabtu, 9 Januari 2010

BOWLING, MEGAMALL

Oleh kerana ingin mengambil handset yang dibaiki di Kuantan, maka aku syorkan ke Megamall...alang-alang datang Kuantan...Ajak Pendi dengan Jannah sekali temankan aku main bowling....Hilangkan boring...
Pertandingan kami 4 orang je...siapa yang kalah belanja pizza...Nampaknya aku yang tercorot... Nasiblah...kena belanja, balik Kemaman pun dah malam...Di antara gambar-gambar menarik semasa perlawanan yang sengit itu...



Gaya pemain profesional...




Abang tetap memberikan saingan sengit, tapi kecundang jua di tangan adiknya sendiri Pendi...juara


Tengok...Markah aku yang tercorot sekali....

Jumaat, 8 Januari 2010

TAHNIAH !!!!

7.1.2010 (KHAMIS)

SMS yang aku terima sejak malam tadi...Aisyah telah masuk wad, air ketuban sudah pecah...Ku biarkan sms itu tidak berbalas, pagi ini sms ku terima lagi...Aisyah telah selamat melahirkan baby girl pada 6.13 pagi...Tahniah ! Hanya itu mampu aku balas...Tercapai juga hajat ingin memiliki anak perempuan...

1.30 pm..Alahai K.Ton...Sebenarnya aku tidak terasa ingin ke hospital melawat Aisyah..Ya lah , memikirkan tidak elok juga jika tidak dilawati memandangkan sms telah ku terima....Aduh....pusing ini...Ku gagahi juga ke hospital....wad bersalin...melihat baby yang comel itu hatiku terusik...sensitif betul....baby yang manis...teringat mimpiku sebelum ini...Sengaja menyibukkan diri bersembang dengan suaminya....tidak ingin melihat baby...hatiku sebak...entah kenapa ingin cepat keluar dari wad....Duhai hati....

Ahad, 3 Januari 2010

SELAMAT BERTUGAS 2010

3.1.2010 ( Ahad )

Selamat bertugas buat teman-teman pendidik SMKSI...Selamat bertugas dengan azam baru di tahun baru...pagi-pagi morning dikejutkan dengan berita sedih teman seperjuangan...'Cg Yati keguguran lagi".Tergamam aku sekejap...dah masuk 5 bulan kot dia pregnant...ini kali kedua...tahun lepas 5 bulan juga, meninggal di dalam perut.....Innalillahiwainnailaihirajiuun...Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali....
Allah hanya meminjamkan kita anak untuk dikandung selama 5 bulan sahaja...Bersabarlah banyak-banyak...InsyaAllah ada rezeki lain...Lagipun dah punya 2 anak perempuan....
Kiranya lebih beruntung berbanding dengan aku sendiri....Allah hanya meminjamkan anakku sekejap, selama 6 bulan sahaja...sehingga hari ini masih tiada pengganti...

Hairan... mimpiku 2, 3 malam lepas ditemani dengan anak kecil...perempuan seingat aku.Siapa? Anakku lelaki...Entahlah, walau hanya mainan tidur, ianya tetap membahagiakan....membekas di dalam hati...Alangkah bahagianya mempunyai sicomel yang semanis itu...masih baby...Angan-angan cuma.... Tersedar aku, termenung sejenak....Mungkin sekadar ingin 'meminjamkan'ku rasa keibuan.....Lantas ku usir air mata yang mula bergenang.....Astagfirullah....Sbhanallah.....Terima kasih ya Allah kerana 'meminjam'kan rasa itu walau hanya dalam mimpi....

Berita adik ipar ku yang baru berkahwin jun 2009 dah mula pregnant tidak ku khabarkan buat abang...biarlah...Rasa terkilan, rendah diri, sedih, cemburu, meluat,malu, marah, menyesal bercampur baur dalam diri...Kalu boleh ingin ku lari dari kenyataan pahit ini buat selama-lamanya....Hidup sendirian tanpa orang lain...Mana mungkin? Mendengar berita itu pu membuat hati terusik, apalagi bila pulang ke kampung nanti....
Adik ipar yang tinggal kat Kuala Lumpur akan bersalin awal tahun ini, akhir tahun adik ipar yang ini pula.... Tentu Mak mertua aku gembira sakan....2 orang cucu tahun ini....Aku? Hanya mampu menghitung hari...

Aku dapat bayangkan balik cuti raya tahun 2010 ini....Masing-masing ada baby....dah lah raya tahun ni kat rumah mertua...pulak orang lain ada anak kecil, pregnant, rasanya aku lah yang akan membuat kerja masak memasak ni....Nasib lah....Air mata yang sejak tadi ditahan mula mengalir lesu....Lemahnya aku.... Airmata pertama 2010.....

Jumaat, 1 Januari 2010

01.01.10 ( Jumaat )

Happy New Year
Grab a new Myspace 2.0 Layout




Selamat tingal 2009 dengan 1001 kenangan pahit manis yang sukar dilupakan....Selamat datang tahun baru 2010 dengan 1000 impian dan harapan....Azam tahun baru? Masih bersisa lagi azam yang lama...Entahlah....Masih adakah azam dan harapan yang kerapkali terkulai layu....Biarkan tahun 2010 ini berlalu tanpa apa-apa azam...Bolehkah?Azam cuma penguat semangat sedangkan semangatku semakin lemah....