Ahad, 20 November 2011

CUTI DATANG LAGI.....

Cuti akhir tahun....18.11.2011 hingga 2.1.2011. Scedule kerja dalam cuti.....hari pertama basuh baju, hari kedua lipat baju...hari ke-3 kemas bilik 1, hari ke-4 kemas bilik 2, hari ke-5 kemas bilk 3, hari ke-6 kemas dapur, hari ke-7 kemas ruang tamu, hari ke-8  kemas halaman rumah.......Asyik kemas mengemas rumah jer ni...Apa ker hal????
Cadangnya nak 'check in' kat KMC....Bila????....Kalau tak sakit ni rasa bertanggh-tangguh pulak la nak operate tonsil ni.....Hmmmmm.....Tunggu lah dulu...masih belum sakit ni...hehehehe.....
Kemana cuti?? bercuti...Alahai...Cik Abang sayang tu susah nak tinggalkan kerja, tinggalkan plant, tinggalkan anak buah, huh....nak balik kampung pun belum tentu hendak....Rasa macam nak mengembara cuti-citi Malaysia sorang diri jekkkk....Apatah lagi dengan kerja-kerja yang masih menimbun ni....Alahaiiiii......Lupakan jerlah dengan nak bercuti ni....Tak der maknanya......

Rabu, 2 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....




Mencari erti sebuah pengorbanan sejati, moga mendapat kenikmatan hakiki.
Pengorbanan menghasilkan sesuatu yang indah....



Serasanya akan lebih banyak berada 'disana' sementelah korbannya seekor lembu, mungkin bersama aqiqah entah kepunyaan siapa, yang pastinya masa akan kehabisan disana kurang lebih 2 hari.....Alangkah....bosan dan cuak menerpa kedalam diri, kebanjiran anak-beranak, cucu-cicit, sepupu sepapat jauh dan dekat menghimpun seribu satu 'peel' dan perangai yang makin men'cuak'kan hati dan bakal memendekkan cuti yang diambil......kebanjiran manusia-manusia yang ingin dihindari sebenarnya.....Walau apa pun situasinya....BERKORBAN DEMI KEBAHAGIAAN ORANG LAIN MENEMPIASKAN SEDIKITNYA UNTUK KITA....MOGA..........
Jadi berkorban rasalah sedikit untuk membahagiakan yang tersayang......(nasihat selayaknya untuk diri sendiri)
SELAMAT BERKORBAN APA SAHAJA.....SEMOGA PENGORBANAN DITERIMA ALLAH.....

Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu proses pengguguran/ pembunuhan anak :
Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan):

Pada masa usia janin masih sangat kecil, pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan cara menggunakan alat penyedut (suction). Sang anak yang masih sangat lembut akan tersedut dan hancur luluh.

Saat ia dikeluarkan dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh itu.

Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan):

Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk.

Pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan cara mencucuk anak tersebut, kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk proses pengguguran/pembunuhan.

Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara mencucuk dan menarik bahagian yang boleh tercapai seperti pinggang, bahu atau leher.

Setelah dicucuk-cucuk, dihancurkan pula bahagian-bahagian tubuhnya.

Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian-bahagian kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan.

Dalam klinik pengguguran/pembunuhan, biasa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil dan comel. Anak kecil tak berdosa ini telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.

Pengguguran/pembunuhan tahap kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan):

Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bahagian-bahagian tubuhnya sudah jelas kelihatan. Jantungnya sudah berdegup dan tangannya sudah boleh menggenggam. Tubuhnya sudah boleh merasai kesakitan, kerana jaringan sarafnya sudah terbentuk dengan baik.

Pengguguran/pembunuhan dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan.

Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang dimasukkan ke dalam ketuban bayi.
Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sehingga selepas 24 jam, bayi itu akhirnya mati.

Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, cuba menangis, menjerit dan jantungnya berdegup deras.

Pengguguran/pembunuhan tahap kehamilan lanjut (6 sampai 9 bulan):

Pada tahap ini, bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik.

Untuk proses ini ia dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh.Cara membunuhnya mudah saja dan inilah kaedah paling murah dan biasa kita lihat di Malaysia:

Biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah sehingga tangisannya berhenti dan pekerjaan terkutuk itu selesai.

Selepas itu, hanya darah bayi itu sahaja yang akan mengingatkan orang-orang yang terlibat di dalam pengguguran/pembunuhan ini bahawa satu pembunuhan keji telah terjadi.

Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para ibu yang melakukan pengguguran/pembunuhan ini.

Mereka merasa bahawa pengguguran/pembunuhan itu cepat dan tidak sakit. Mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh ubat bius. ( petikan dari FB )

p.s : hampir sesak nafas dan termuntah membaca artikel ini.....alangkah kejamnya manusia....