Sabtu, 24 Oktober 2009

SYUKUR KEPADA ALLAH

KHAMIS ( 22.10.2009 )

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah..folikel ada respons terhadap puregon..setelah dinaikkkan dos kepada 300 iu..last suntik..150 iu. Malam ni jam 1.00 am suntuk ovidral untuk pecahkan folikel...cucuk lagi...

SABTU ( 24.10.2009 )

Pagi yang hening dengan hati yang berdebar sampai di IVF Centre tepat jam 9.00 am....Hari untuk pick-up folikel. Alhamdulillah...dengan berkat doa dan solat hajat segalanya berjalan seperti yang dirancangkan....Dr. Murad juga memerlukan sokongan Dr Roszaman untuk melakukan operasi ini....tidak berani melakukannya seorang diri...cuma folikel tak banyak je lah. tak apa, yang penting berkualiti.....Doa kepada Allah semoga berjaya dicantumkan...serah kepada Norsina (embriologist) untuk disenyawakan...6.00 pm , baru aku terjaga dengan waras dari ubat bius...tu pun masih pening-pening lalat lagi....
M.c 2 hari lagi....Isnin akan ke IVF Centre lagi.....untuk transfer ke uterus pulak....InsyaAllah berjaya...

Rabu, 21 Oktober 2009

LAWATAN KE KUALA TERENGGANU

20.10.2009 ( SELASA )
Lawatan pendidikan khas SMKSI ke SMK Sultan Omar,Dungun dan ke Kuala Terengganu semalam menyebabkan keletihan semalam masih terasa sehingga hari ini. Pagi-pagi lagi dah mula bertugas di Dewan Besar sebagai pengurus pelajar pendidikan khas.Sehari suntuk disana...raptai untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKSI...very meletihkan.Nasib baik kerja yang ditinggalkan oleh 'bos' yang tak bertanggungjawab itu sempat diselesaikan oleh Umi yang tak berpeluang pergi lawatan....Thank you Umi...i love you so much...kalau tak mahu je Kak Mona membebel sakan kat aku...nasib lah dapat bos yang lembap dan pemalas macam tu....

Esok....ke IVF Centre lagi..m.c lagi...minggu ini asyik ke Kuantan je kerja aku...m.c je...nasib baik dapat m.c.Harap-harap esok dapat khabar yang menggembirakan untuk peluang buat IVF ini.....harap-harap.....

Ahad, 18 Oktober 2009

UJIAN ALLAH UNTUK HAMBANYA YANG DIPILIH...

JUMAAT (16.10.2009)

8.30 am - ke IVF Centre Indera Mahkota- seperti biasa, jumpa Dr. Murad untuk TVS day 5...diluar jangkaan... cyst yang dibuang sehari sebelum puasa ada balik kat sebelah kiri...apalah malang nasib aku ni...folikel terlalu kecil dihimpit cyst....boleh ke nak buat IVF ni.....Dr Murad cadangkan tambahkan dos puregon...150 iu ke 300 iu. cucuk lagiii....alahai..Mungkin ada hikmah disebalik dugaan ini...hanya kesabaran yang aku perlukan...berikan hambaMu ini kesabaran itu Ya Allah...

Khamis, 15 Oktober 2009

LANGKAH SETERUSNYA

15 oktober 2009 (khamis)

Setelah 4 hari dicucuk dengan jarum-jarum, esok akan ke hospital untuk TVS, UIA Indera Mahkota IVF Centre...harap positif...percubaan yang seterusnya untuk IVF..harap berjaya...InsyaAllah...

Jumaat, 9 Oktober 2009

Rumah Terbuka Raya

CATATAN PAGI JUMAAT ( 9 OKTOBER 2009 )

Raya masih terasa, rumah terbuka masih rancak diadakan di mana-mana. Malam ini rumah terbuka Kak Azwa di Taman Perwaja, selepas Maghrib, lama tak bersua muka...Hari-hari perayaan begini lah masa yang sesuai untuk bertemu sahabat lama. Esok rumkah terbuka Alawiyah, anak muridku yang makin nakal.... 2 pm janji dengan rakan seperjuangan yang lain...Esok juga rumah terbuka Saipul...bekas jiran ku....kenyang lah....

Ahad, 4 Oktober 2009

SELAMAT HARI LAHIR , SAYANG..


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-20
Walaupun terlewat, ucapan selamat hari lahir ditujukan buat adinda tersayang, Nurelaini bt Junoh yang kini sedang menuntut di Uitm, Arau, Perlis. Semoga hari lahir yang ke-20 ini lebih mendewasakan dan mematangkan dirimu yang masih mentah dalam meniti kehidupan.Juga berhati-hati memilih jalan hidup yang masih panjang...juga berhati-hati memilih teman hidup....Perjalananmu masih jauh...akan banyak lagi yang akan dirimu temui dan cintai...(ayat nasihat)

Sabtu, 3 Oktober 2009

LAGI GAMBAR DI PANTAI..



BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI



PAK SU FITRI DAN FARIS



MENIMBUS WADI...


"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan menasihati supaya menetapi kenenaran" ( Surah Al-Ashr )

GAMBAR RAYA KELUARGA 1430 H

Jumaat, 2 Oktober 2009

LAGI GAMBAR RAYA DI PANTAI...1430 H




GAMBAR RAYA LAGI
ADIK AMIRUL DAN NOZI

RAYA DI PANTAI..




MAKCIK DENGAN NOZI



WADI DAN ANAK-ANAKNYA



FARIS YANG SUKA BERENDAM, TAK NAK NAIK ...

RAYA DI PANTAI IRAMA, BACHOK



RAYA KEEMPAT.........PETANG

Oleh sebab Faris yang menangis hendak mandi laut semasa ke rumah Mak su di Kuala Besut,dan mengingatkan janji yang dibuat kat budak Faris tu, maka terpaksalah merancang hendak beraya kat Pantai Irama, Bachok.Tak pernah dibuat aku..apa lagi suamiku yang tak berapa suka berpiknik itu...nasib baik tak menarik diri..gara-gara Faris yang menangis sejak dari Kuala Besut hingga Pasir Puteh...Faris...Faris..mandi hingga lupa makan minum..

Sempat juga beraya dengan kawan suami dengan puteri-puterinya yang tinggal berhampiran...berbaloi juga...tukar angin..





SERONOK BERMAIN AIR...
FARIS DAN NASRIN..

GAMBAR RAYA LAGI...1430 H



MENANGIS NAK MANDI LAUT....



RAYA KEDUA..
Menziarahi Mak su Kiah, adik bongsu ayah di Kuala Besut..Hampir 4 tahun tidak ke sana.Mak su sedih kerana tidak menyangka kedatangan abangnya...kali terakhir kedatanganku ke rumah usang ini sempena perkahwinan anak bongu Maksu..Zali..kini anaknya dah 3 orang pun...Menziarahi juga sepupu yang hampir bersalin...berhampiran rumah Mak su....Rumah itu kian di hakis ombak...semakin hampir dengan pantai..disitu tempat aku pernah bermain dahulu..kenangan menggamit perasaan..


RAYA SEDONDON...ADIK MILA, ADIK YANI DAN MAK BONDA...



FARIS DAN AYAH NIK...



FARIS DENGAN AYAH TEH...

LAGI GAMBAR RAYA....1430 H



KAT PANTAI KUALA BESUT....RUMAH MAK SU KIAH (ADIK AYAH )



ADIK-ADIK DAN ANAK-ANAK SAUDARAKU..